Thursday, June 24, 2010

kenyataan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Association or MDA ) berhubung berita " 30% doktor gigi palsu ?"

8 hb Februari 2010

Berikut adalah kenyataan- kenyataan dari pihak Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Association or MDA ) berhubung dengan penyiaran akhbar Mingguan Malaysia bertajuk " 30% doktor gigi palsu ?" pada bertarikh 7 hb Februari 2010.
Fakta
Majlis Persatuan Doktor Pergigian Malaysia(Malaysian Dental Association atau MDA) ingin membentangkan fakta fakta tersebut di bawah;

1. Setakat hujung tahun 2009, dianggarkan terdapat lebih kurang 4,400 doktor –doktor gigi yang bertauliah yang sudah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Council /MDC ) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Semua kawalan-kawalan untuk memastikan kesemua pengamal-pengamal pergigian di Malaysia berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia dan mempunyai lesen AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAAGAAN KESIHATAN SWASTA adalah dibawah unit kawalan amalan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Cuma doktor- doktor gigi bertauliah yang sudah berdaftar sah dengan Majlis Pergigian Malaysia boleh memohon untuk menjadi ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA). Persatuan Doktor Pergigian Malaysia sentiasa memastikan kesemua (100%) ahli ahli Persatuan memenuhi kedua-dua kriteria ketat iaitu mempunyai lepasan ijazah pergigian yang diiktirafkan oleh Majlis Pergigian Malaysia di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia serta mempunyai sijil amalan tahunan dan lesen dibawah AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 (AKTA 586)sebelum diterima sebagai ahli.

4. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia pada masa kini mempunyai lebih kurang 2800 ahli-ahli yang berdaftar dengan persatuan secara sukarela dan kesemuanya memenuhi kriteria ketat yang tersebut di atas.

5. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia mempunyai kawalan ketat untuk memastikan kesemua ahli-ahlinya mempraktikkan etika perkhidmatan yang berprofesional , sentiasa memberi perkhidmatan pergigian yang berkualiti tinggi mengikut panduan-panduan keselamatan pesakit yang teliti.

6. Di samping itu, Persatuan Doktor Pergigian Malaysia sering mengadakan konvensi, seminar serta symposium pergigian untuk sentiasa memastikan tahap pengetahuan ahli-ahli MDA terus dipertingkatkan. Sememangnya kualiti program pembelajaran berterusan profesional (continuous professional development program ) Persatuan Doktor Pergigian Malaysia amat tinggi sehingga dikenal sah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pihak Majlis Pergigian Negara Singapura and Kementerian Kesihatan Singapura.

Kesimpulan
1. Oleh yang demikian, Majlis Persatuan Doktor Pergigian Malaysia yakin bahawa kesemua ahli ahli persatuannya tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam kegiatan doktor gigi palsu. Malah, kami ingin dan sedia membantu unit kawalan amalan di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengenalpasti serta menghapuskan kegiatan doktor gigi palsu yang haram itu demi keselamatan orang-orang awam.

2. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia ingin menyeru orang orang awam sentiasa berwaspada keatas doktor doktor gigi yang tidak dapat menunjukkan sijil pengamalan pergigian dan lesen AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 (AKTA 586) di klinik-klinik mereka. Untuk menjawab segala kemusykilan mengenai pengamal pergigian tertentu,orang awam disyorkan merujuk kepada Majlis Pergigian Malaysia dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia yang dapat dirujuk di laman web www.mda.org.my atau dihubungi dengan nombor telefon 03-2095 1495 ,emel : mda@streamyx.com .

Cadangan-cadangan
Persatuan Doktor Pergigian Malaysia juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mensyorkan cadangan cadangan berikut untuk membentaras kegiatan doktor gigi palsu.

1. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia ingin menyeru Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan peruntukkan kewangan yang lebih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia , khususnya kepada cawangan kawalan amalan perubatan dan pergigian swasta (CKAPS) untuk memantapkan unit tersebut dan seterusnya mempertingkatkan aktiviti penyeliaan serta pengawalan.

2. Disamping itu, Persatuan Doktor Pergigian Malaysia ingin mensyorkan agar cawangan kawalan amalan pergigian swasta (CKAPS) Kementerian Kesihatan menumpukan fokus mereka kepada warga asing dan individu yang tidak bertauliah dan tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia yang kami percaya adalah punca utama kegiatan doktor gigi palsu dan bukannya doktor doktor pergigian yang berdaftar di dalam Majlis Pergigian Malaysia dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.

3. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia juga ingin menekankan bahawa akta-akta pergigian dan undang undang di bawah Kanun Keseksaan harus diperketatkan untuk lebih mefokuskan kepada menangkap dan mendakwa individu-individu yang menjalankan kegiatan perkhidmatan pergigian haram. Malangnya , dari peninjauan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia , akta baru dan pindaan Akta Pergigian kurang menumpu untuk menghukum golongan yang menyamar dan memberi perkhidmatan pergigian haram tetapi sebaliknya lebih cenderung ditujukan kepada pengamal-pengamal pergigian yang bertauliah dan berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.
4. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) ingin mengesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi kuasa formal untuk MDA membentuk suatu jawatankuasa menyelia dan mengawas untuk membantu bahagian pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membentaras kegiatan doktor gigi palsu yang setakat ini di luar bidang kuasa Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.

5. Selaras dengan cadangan di nombor (4), Persatuan Doktor Pergigian Malaysia inginkan Majlis Pergigian Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan keutamaan untuk doktor-doktor gigi bertauliah yang mengamal di Malaysia supaya menjadi ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia untuk MDA membantu di aspek aktiviti-aktiviti pengawasan dan penguatkuasaan ahli-ahlinya.

6. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia juga ingin mensyorkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia mengiktirafkan Biro Aduan Pesakit di dalam persatuan kami sebagai pusat aduan pesakit serta pengumpulan maklumat kegiatan pergigian haram. Peranan biro ini perlu juga diberi kuasa untuk bertindak terhadap pengamal pergigian yang bukan ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia. Pada masa kini , ianya terhad kepada ahli MDA sahaja.
7. Pihak orang orang awam adalah dinasihatkan untuk memohon untuk melihat sijil pengamalan tahunan dan lesen AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 (AKTA 586) sebelum mendapat rawatan pergigian di klinik-klinik berkenaan demi keselamatan mereka.8. Orang-orang awam juga dinasihatkan sentiasa merujuk kepada Persatuan Doktor Pergigian yang berlaman web www.mda.org.my yang mempamirkan senarai ahli ahli yang kesemuanya adalah pengamal pergigian yang bertauliah dan berdaftar.9. Pihak media cetak serta elektronik adalah digesa untuk memberi liputan yang lebih luas, mendalam dan jitu dengan melibatkan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia supaya kesedaran orang-orang awan berkenaan isu-isu pergigian dapat di pertingkatkan.10. Pihak media harus berkerjasama dengan Majlis Pergigian Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Persatuan Doktor Pergigian Malaysia dari segi perkongsian maklumat dan aktiviti peninjauan demi mengurangkan ataupun sekali gus menghapuskan masalah kegiatan doktor gigi palsu di negara ini
Sekian. Terima kasih.
Dr Lee Soon Boon
PresidenPersatuan Doktor Pergigian Malaysia

1 Responses to “kenyataan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Association or MDA ) berhubung berita " 30% doktor gigi palsu ?"”

AZNIAL RAHMAT said...
July 29, 2015 at 9:53 PM

PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer at Bandar Sungai Long Clinic as required below:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833


Post a Comment

believe it and you'll be happy forever

Followers

O Allah, please show them the truth

From those, too, who call themselves Christians, We did take a Convenant, but they forgot a good part of the messege that was sent them; so We estranged them, with enmity and hatred between the one of the other, to the Day of Judgement. And soon will Allah show them what is they have done.

My Blog List