Thursday, June 17, 2010
Bagaimana mahu membuat orang muda sukakan masjid?
Do you like this story?
Assalamualaikum.
Masjid adalah tempat sujud, tempat yang tepat bagi pencari ketenangan, paling penting, tempat bagi hamba-hamba Maha Pengasih yang mahu membersih dan menyuci hati. Masjid adalah rumah kedua bagi sang pemuda.
Namun mengapa rumah kedua ini dipinggirkan orang muda? Jawapan yang sangat subjektif dan tidak dapat diterangkan hanya dengan beberapa patah kata. Pengalaman sebagai orang muda, insyaAllah, telah menunjukkan kepada saya; sebab-sebabnya.
Orang muda gemar ke tempat yang sejiwa dengan hati mereka. Apakah bila mereka perlu santai, atau hiburan, fikiran mereka lebih terarah kepada kompleks beli-belah, pusat hiburan dan taman-taman? Sedangkan santai ada pada pembacaan al-Qur'an dan iktikaf di masjid. Hiburan juga ada pada ukhuwah dan persaudaraan hamba-hamba Allah yang soleh, juga di masjid. Hikmah dan kelebihan yang ada di masjid adalah terlalu banyak, namun ramai orang muda tidak sedar akan hakikat ini. Maka, anda pembaca yang mempunyai kesedaran, wajib mewara-warakan fadhilat ke masjid ini.
Saya perhatikan, sebahagian masjid agak kurang menitikberatkan 'keperluan' orang muda di masjid. Simbol masjid (dan ahli jawatankuasa masjid) menghargai dan meraikan orang muda hampir tidak ada. Namun ada juga masjid yang tidak begitu. Lihat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor), banyak sebab untuk orang muda seperti saya jatuh hati. Gelanggang futsal, bilik-bilik mandi, cafe, wifi, pasar, taman dan macam-macam lagi membuatkan masjid dirasakan pelbagai guna. Berpenghawa dingin pula! Terdapat juga dewan seminar, dan masjid ini juga sangat aktif berprogram dalam menyampaikan ilmu dan dakwah. Ruang solat juga sentiasa terbuka untuk orang muda berdiskusi. Satu contoh yang baik.
Masjid juga mestilah bersih. Rata-rata masjid dialas karpet yang mudah hapak dan kotor dek basah dan habuk. Apa kata trend karpet ini ditukar kepada lantai kayu/parquet? Contoh yang baik adalah surau di R&R lebuhraya Plus. Bersih, wangi dan kemas. Jika di mata orang muda, kompleks beli-belah lebih bersih dan kemas daripada masjid, bagaimana mereka akan tertarik akan masjid?
Apa yang orang muda boleh dapat, apabila berkunjung dan selalu mendiami masjid? Perkara ini mesti difikirkan pihak-pihak yang bertanggungjawab atas masjid. Masjid bukan hanya tempat bagi mereka yang punya masalah hidup sahaja seperti yang digembar-gembur filem dan drama televisyen. Bahkan seperti yang saya katakan tadi, masjid adalah rumah kedua sang pemuda! Mana dia ruang bacaan yang menyediakan terjemahan al-quran, majalah-majalah, buku-buku,&akhbar-akhbar islamik, pantri dan bilik rehat? Namun kemudahan-kemudahan tadi adalah sampingan untuk menarik minat orang muda ke masjid. Apa yang penting, asas keperluan masjid zaman moden ini mesti dilengkapkan dahulu. Jika Qur'an terjemahan pun tidak disediakan, bagaimana boleh dikatakan pihak msjid bersungguh menyebar ajaran Islam?
Saya tidak menafikan bahawa faktor kurang ilmu dan pendedahan menyebabkan orang muda tidak berminat dengan masjid. Atau kurangnya program masjid yang mensasarkan 'orang muda' sebagai peserta program. Juga kurangnya 'kebolehcapaian' orang muda terhadap masjid. Bagaimana boleh dikatakan masjid sentiasa terbuka, sedangkan pintu sentiasa berkunci. Sudahlah berkunci, kawasan masjid berpagar pula! Seakan-akan taman larangan istana! Dengan dek kelakuan seorang dua pengunjung setia masjid yang kurang senyuman (mungkin kerana masalah hidup), semacam pengawal diraja pula. Bahkan perkara ini seharusnya tidak timbul, kerana masjid adalah milik Allah untuk semua manusia, siapa-siapa pun.
Para pengunjung masjid dan ahli jawatankuasa masjid juga perlulah menjaga reputasi dan imej. Senyum selalu, dan jalinkanlah hubungan peribadi dengan orang muda. Apabila hubungan rapat terjalin, akan mudahlah untuk diajak ke masjid. Kanak-kanak pula mestilah dilayan seperti manusia, bukan diherdik-herdik. Perlu diingat, mereka juga bakal besar dan menjadi orang muda. Imej buruk yang ditonjolkan akan mereka ingat waima sudah menjadi orang muda kelak. Hulurkan salam dan jalinkan silaturrahim seperti akhlak nabi s.a.w.
Masjid adalah hati bagi sesebuah bandar atau kampung. Kembalikan pengaruh dan potensi masjid kepada orang muda, saudara-saudariku. Bagi kawasan berkepadatan tinggi seperti di Lembah Klang, masjid mesti diperbanyakkan! Biar banyak seperti banyaknya stesen minyak dan restoran Mamak. Jika pembaca berkunjung ke Melaka (negeri paling banyak masjid) menaiki kereta, jangan terkejut kerana di sepanjang jalan, anda akan melepasi banyak masjid, juga berbelas-belas surau dalam beberapa minit perjalanan. Tingkatkan kebolehcapaian orang muda kepada masjid, semoga bangsa dan negara ini dirahmati Allah SWT.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
believe it and you'll be happy forever
Followers
O Allah, please show them the truth
From those, too, who call themselves Christians, We did take a Convenant, but they forgot a good part of the messege that was sent them; so We estranged them, with enmity and hatred between the one of the other, to the Day of Judgement. And soon will Allah show them what is they have done.
Blog Archive
-
▼
2010
(38)
-
▼
June
(10)
- AL-MULK (THE SOVEREIGNTY, CONTROL)
- the pen (holy qur'an)
- Apa Ertinya Saya Menganut Islam
- kenyataan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (Mal...
- http://konsertalaqsa.files.wordpress.com/2010/06/p...
- library baru, bunyi cicak dan hujan
- Bagaimana mahu membuat orang muda sukakan masjid?
- Main kahwin-kahwin dan rumah setinggan
- Fissure sealant’
- aku, buku dan dunia
-
▼
June
(10)
0 Responses to “Bagaimana mahu membuat orang muda sukakan masjid?”
Post a Comment