Monday, June 14, 2010

aku, buku dan dunia


Aku seorang yang suka menulis, membaca serta berfikir. In fact, aku amat berterima kasih kepada ayah kerana memupuk dan menyemai sifat ini. Kegilaan aku kepada buku sampai peringkat aku boleh menghabiskan beratus-ratus ringgit dalam masa 1 jam untuk membeli buku. Biasiswa RM5600 sesemester memang beberapa peratus habis ke buku. Aku kadang-kadang menyesal juga begitu kadangkala, bila pada akhir semester aku mula sesak wang. Namun sehari-hari, bukulah sumber ilmu dan fikiran aku.


Dengan izin Allah, bukulah yang membuka fikiranku kepada dunia yang sangat luas ini. Dari cerita cinta kepada isu Palestin dan survival umat Melayu, kadangkala fikiran aku diberati dengan hal-hal yang mungkin tidak dapat aku gapai, atau kurang berkaitan dengan diri. Sungguh! Hahaha. Bukan semuanya demikian, sebenarnya.


Aku mula mengenali halal dan haram ,melalui minat membaca. Dan aku sedaya upaya menahan dan mengawal kehendak diri agar selari dengan ajaran langit. Waima kadangkala tewas, bukan sedikit aku memenangi peperangan menentang bathil.

Aku juga berasa sedih jika manusia-manusia di sekelilingku melangkahi batas-batas halal haram ini. Bahkan ahli keluargaku sendiri, selain teman-teman mahasiswa/i di fakulti kesayanganku di UiTM. Adakala mereka memprotes teguran juga nasihat dan peringatan seolah-olah hanya aku dan orang-orang ‘alim’ sahaja yang harus menjaga batas halal haram ini. Dan hanya kami yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Bukan sedikit peristiwa dimana aku pula yang makan hati selepas itu, padahal mereka melupakan apa yang harus mereka sesali.

Kadangkala aku berfikir, apakah hanya aku yang berfikir dengan cara fikir yang aku fikirkan sekarang ini? Haha, berbelit-belit. Apakah hanya aku yang was-was. Yang tidak bebas serta terikat? Yang konservatif dan lapuk? Yang susah dan menyusahkan?

Hah, bahkan aku seorang yang selalu berfikir. Mustahil orang yang selalu berfikir lapuk pemikirannya. Ujubkah aku jika aku begini? Akukah yang merasa sentiasa suci dan hanya diri sendiri yang baik?

Bahkan kemungkinan mereka kurang membaca, lantas tidak tahu bahawa apa yang mereka sedang lakukan adalah salah. Seperti dalam sebuah kapal, penumpang sengal di bahagian bawah kapal mahu memancing lantas dibocorkan dinding kapal. Sedang ada sahaja penumpang bijak yang memancing di bahagian atas. Gara-gara perbuatan orang sengal ini, kapal bisa karam lalu terbunuhlah kedua-dua golongan. Yang pasti aku bukan bermaksud bahawa akulah penumpang bijak, melainkan sekadar contoh.

Begitu juga bagi mereka yang mahu mendapatkan sesuatu faedah daripada sesuatu perbuatan. Kadangkala sesuatu perbuatan memang menghasilkan faedah, tetapi kesan buruknya tetap ada. Bahkan terdapat cara lain yang menghasilkan faedah yang sama bahkan lebih lagi. Tetapi mereka sering memilih tindakan yang menghasilkan faedah disamping kesan buruk yang akhirnya menghilangkan faedah dan manfaat.

Aku seorang yang yakin bahawa ‘dirikanlah bendera putih, dan jangan khuatir akan dirinya bendera hitam, dan ramainya manusia dibawah naungan bendera hitam, kerana jika berdirinya bendera putih, akan ada manusia-manusia yang mahu menyucikan diri yang akan berkumpul di bawah naungan bendera putih. Dengan erti kata lain, jadilah murabbi atau daie yang menyaingi sang ‘asi (pendosa) dalam mempengaruhi keadaan sekeliling.

Sementelah, aku berdiri sebagai seorang mahasiswa. Mereka yang berbual-bual denganku, akan menunjukkan reaksi hormat setelah aku memperkenalkan diri. Bakal doctor, kata mereka. Dalam hati aku mengucap syukur kerana mengecap nikmat ini.

Aku pernah berasa rendah diri tahap ‘gaban’ di sekolah. Gelaran yang macam-macam diberi kepada aku, kerana proses penyesuaian diri itu amat perit bagi seorang budak lelaki kurang matang di sebuah sekolah elit. Tidak mengapa,ada hikmah yang sudah tentu. Doa ajaran nabi ketika dalam situasi ini- Qaddarallahu wa ma sya a fa an…Benda yang dah jadi, Allah yang takdirkan, pasti ada hikmah.

Tapi apa gunanya penghormatan ini? Hanya sekadar mereka tahu bahawa aku adalah seorang mahasiswa. Sedang orang-orang yang rapat denganku agak kurang menghormati aku kerana kelemahan yang susah sangat untuk aku atasi. Dan ilmuku belum cukup untuk aku dihormati. Dan dosa-dosaku yang Allah Yang Maha Pengasih sampai sekarang menutupnya.

Sekarang tengah heboh tentang Piala Dunia dan Judi bola. Malaysia meluluskan lesen judi bola kepada Berjaya Holdings, dengan logic untuk memerangi judi haram dan menghormati ‘budaya judi dikalangan kaum cina’. Aku termangu. Aku bukanlah seorang ahli politik, bukan juga seorang ulama.Tetapi hatiku cepat untuk mengatakan bahawa ‘ini Negara islam, dan bermajoriti melayu islam. Betapa majority islam tidak membawa apa-apa makna pun pada survival syiar, jika hati para majority tiada memberati syariat agama. Meninggalkan dakwah dan membenarkan budaya tidak islami. Bahkan dunia politik sesuatu yang merimaskan, aku ingin berhenti setakat ini. Semoga Allah membetulkan keadaan kusut ini.

Aku juga percaya bahawa aku berada dalam sebuah fakulti yang bermajoriti melayu islam. Secara logiknya perlaksanaan agama islam lebih mudah berbanding tempat lain. Maka aku memperbanyakkan bahan bacaan islam di fakulti dengan cara mengedarkannya kepada setiap orang. Dengan harapan kesedaran dan semangat islam akan meningkat. Ternyata aku agak silap. Program hari keluarga jadi ibrah kepadaku, bahawa dakwah tidak cukup dengan hanya mengedarkan surat, buletin, dan risalah. Dan dengan hanya menjual qur’an, majalah islam, dan lain-lain. Malah sampai sekarang program itu seakan-akan menghantui diriku.

Wahai sang penulis, kamu belum mengerti apa itu sirah nabi. Kamu belum menceduk keseluruhan ibrah yang ada dalam sirah nabi. Sekelumit cubaan mental ini adalah seperi sebutir debu di tengah padang pasir dakwah. Yang mungkin tidak layakpun dipanggil debu dakwah.

0 Responses to “aku, buku dan dunia”

Post a Comment

believe it and you'll be happy forever

Followers

O Allah, please show them the truth

From those, too, who call themselves Christians, We did take a Convenant, but they forgot a good part of the messege that was sent them; so We estranged them, with enmity and hatred between the one of the other, to the Day of Judgement. And soon will Allah show them what is they have done.

My Blog List