Wednesday, June 23, 2010

library baru, bunyi cicak dan hujan

Pagi Rabu 23 Jun 2010 yang hujan, saya telah diletak Allah SWT di sebuah perpustakaan baru. ^_^ Masya Allah, dan Subhanallah! cick3 (bunyi cicak keluar dari mulut saya)


PERPUSTAKAAN ISLAM, MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM).


Mula-mula niat dihati mahu ke perpustakaan besar melaka (200 meter dari perpustakaan islam neh)..Hujan lebat memaksa saya melangut di beranda bangunan MAIM dari pukul 7 sampai pukul 9 pagi sambil membaca buku anatomi hehe (fikr risau bimbang, nak masuk year 3 kenalah fakih bab2 anatomi ni).


Pukul9, lepak kedai makan..makan tosai+tehpanas...uhh . ^_^ Masya Allah, dan Subhanallah! cick3 (bunyi cicak keluar dari mulut saya)..Hujan lagi....


pukul 10, saya mula gerak ke perpustakaan besar dan tiba-tiba....


PERPUSTAKAAN ISLAM, MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM).


Wah...saya pun masuk...pucuk dicita ulam mendatang


3 jam disitu, saya mula mengumpul buku2 berkaitan fiqh, terutama yang ada kaitan dengan fiqh perubatan. Tiba-tiba terjumpa sebuah Kitab tebal bertajuk KUMPULAN HADIS2 DAIF DAN MARFU'...



saya pun baca..selak punya selak,banyak juga hadis yang biasa kita dengar, tiba-tiba dihukumkan daif, maudu', dan marfu' dalam buku ini oleh Imam alBani . apa makna daif, maudu', dan marfu' ? Tanya wak google. lepas tu refer ustaz/ustazah, wak google x boley percaya sangat...


Pulak tu, saya jumpa 2 hadis yang biasa diguna penceramah ************ (NGO Palestin). Satu dihukumkan maudhu, satu lagi dihukum sangat mungkar! Masya Allah, saya terus text ustaz saya..

12.48pm Salam, ust, ana terjumpa buku kump hadis2 maudhu, n terbaca hadis
'dari huzaifah r.a. .........sesiapa yang tak ambil berat terhadap org
islam, dia bukan dari golongan mereka (intihadis) Albani kata hadis ni
maudhu'. Ana pernah nampak ************ (NGO Palestin)guna hadis ni,ap pndapat ust?

12.50pm pnjang pebahasan bab ni..yg penting matan dia ok

12.54pm oh. memang ad matan B. Arab dia ust. Tapi buku ni kata hadis ni dicipta
Ishak B. Bisyr

12.59pm betul albani agak syadid dlm bab ni, ulama lain ada pendapat dia

1.08pm Ana jumpa juge hadis 'kirimkan minyak pelita ke bait maqdis', azzahabi kata hadis ni sangat mungkar,. hadis ni pernah diguna ********* dalam ceramah dia

pukul 2.39 petang, ust. call..

salam

wsalam, ye ustaz hehe

nizam! dah masuk bidang pergigian ka?

Dah, nak masuk tahun 3.

Oh, anta tengah buat kajian hadis ka?

Eh, tak lah ust. Baru hari ni terjumpa buku tu .

Albani ni memang syadid dalam hadis..tegas

Ya, ya, agak keras sikit.

Bukan klasik, tapi keras,tegas. Hadis kita tengok matan dan perawi dia. Matan baik
maka ok. Hadis dikatakan marfu dan sebagainya antaranya disebabkan perawi yang
cacat peribadi. Ada hadis maksud betul, contohnya kalau ana cakap kebersihan
satu dari iman, ya betul maksud ana. Yang pertama perbahasan hadis ni
panjang. Albani dibanding qaradawi, qaadawi lebih lembut. macam hadis riwayat
bukhari, hadis paling tinggi pangkat dia. yang kedua anta takde asas, Jadi kita
nak ikut, kita kena ada perbincangan yang mencerahkan. Mesti ada
perbincangan.

Uhh...ana rasa jahil pula ust..

Bukan, baguih anta bat kajian tu, cuma ada perbahasan dan anta minta jawapan
dari ana on the spot, nak cepat, susah.

oh, ok2

ok

maka tamatlah perbualan...kurang2 gitulah isi perbincangan..saya fikir lagi....adui, pening juga, jahilnya saya huhu. then saya text ust lagi (tak puas lagi tu..ish3)

3.21pm Jadi ust, bagus saya tak pegang pada buku tu? sebab bagi
saya penting kita pegang pada hadis yang sahih

3.22pm pakai, takde masalah, cuma mesti atas manhaj
ilmiah

Saya pulang ke rumah dengan 3 perkara dalam otak

  1. kene belajar lagi
  2. jangan buat kepala sendiri dalam agama
  3. lapar....

Balik, pekena mee goreng adik buat..hee pedas tapi ok la.

wallahualam

0 Responses to “library baru, bunyi cicak dan hujan”

Post a Comment

believe it and you'll be happy forever

Followers

O Allah, please show them the truth

From those, too, who call themselves Christians, We did take a Convenant, but they forgot a good part of the messege that was sent them; so We estranged them, with enmity and hatred between the one of the other, to the Day of Judgement. And soon will Allah show them what is they have done.

My Blog List