Thursday, June 17, 2010

Main kahwin-kahwin dan rumah setinggan

Kali ini saya ingin membawa topik 'Perkahwinan yang begini-begini, begini-beginilah hasilnya'.
Bayangkan, anda mempunyai rumah.
Tapi rumah yang bergelar rumah setinggan! Dan 2 bulan lagi akan dirobohkan.
Inilah yang dihadapi keluarga mak cik saya. Dari status baru berkahwin, kepada status seorang moyang yang semakin uzur, beliau bakal berpindah setelah berpuluh-puluh tahun menghuni rumah usang itu. Dengan anak-anak yang sudah berkahwin, tetapi masih menyempit di rumah yang sama, banyak yang boleh diceritakan mengenai keluarga ini.
Makcik ni berkahwin dengan seorang 'orang kampung' yang bekerja kerajaan. 'orang kampung' yang dimaksudkan ini jenis yang tak jaga solat dan hisap rokok memanjang. Dan tak mementingkan agama untuk diri dan ahli keluarga, apatah lagi pendidikan dan survival untuk hidup dalam alam majmuk ini.
Kemudian, dari Pontian mereka berpindah ke JB. Dan tinggal di rumah setinggan itu!. 'orang kampung' itu kemudian dibuang kerja kerana melakukan 'sexual harrassment', dan dengar cerita sampai masuk court, dan kemudian kerja bertukang. Pasangan ini mempunyai ramai anak, dan malangnya ada yang bermasalah dan ada yang mewarisi kemerempatan pasangan ini.
Cucu-cucu makcik ini, yang dah besar panjang, tinggal juga dalam rumah setinggan itu. Sudah pukul 12 tengah hari masih tidur. Macam hidup ini tiada perjuangan. Dan saya pasti keluarga ini tidak atau kurang menjaga solat. Malah aurat. Apa lagi bab feqah, tauhid, bla3. Dan perjuangan bangsa ini. Anak-anak perempuan makcik ini yang dah 20-30 tahun umur pun hanya memakai singlet bila kami datang ziarah. Yang lelaki berseluar pendek tanpa baju, hisap rokok memanjang.
Rata-rata keluarga ini berpendidikan SPM, mungkin PMR. Paling-paling gaji RM1000. Duduk di bandaraya JB, bayangkan. Saya yang single ni pun, RM1000 tak cukup!
'Orang kampung' itu entah ke mana. Memang jarang lekat kat rumah.
Point saya disini, bayangkan dari seorang 'orang kampung itu' , menghasilkan anak-anak seperti dia. Dan anak-anaknya menghasilkan cucu-cucu yang bersifat tak jauh beza dengan perangai atuknya. Ibarat buih, walaupun banyak tapi mudah diketepikan. Tiada kekuatan dan selalu nampak untuk dikasihani. Walaupun mungkin mereka tak sedar bahawa mereka sedang dikasihani!
Saya mungkin nampak memandang rendah kepada mereka, tetapi hakikatnya jika saya memiliki wang dan kemampuan, akan saya bantu kewangan, pendidikan dan persekolahan mereka. Tarbiah mereka juga tidak terletak di bahu siapa2 kecuali saya juga!
Apa yang saya lihat dan ambil ibrah ialah, pembinaan dan seterusnya penerusan sesebuah keluarga itu wajiblah mengambil kira agama, kemudian cinta, kemampuan kewangan, restu ibu bapa dan sebagainya. Kenapa cinta nombor dua? Saya percaya Allah SWT boleh menumbuhkan cinta bila2 masa yang Dia mahu. Dan cinta yang dikekalkan sampai mati. Saya tahu sebab saya juga manusia yang mengenal apa itu cinta.
Seorang lelaki yang memilih pasangan yang solehah; maka beruntung dia. Tarbiah boleh dilakukan bersama tanpa perlu si lelaki berdakwah terlebih dahulu kepada si isteri. Settle satu tugas. Malah boleh berdakwah pula kepada masyarakat. Kemudian mahu membina keperibadian anak-anak. Kombinasi tarbiah dari ibu dan bapa memainkan peranan penting. Kalau si suami gagal mentarbiah si isteri, lebih susah untuk mentarbiah anak-anak sebab hukum sunnatullah kata- anak rapat dengan ibu. Maka jauhlah keluarga dari agama Allah dan bertambahlah tugas para pendakwah/ daie di luar sana untuk mendakwah keluarga ini.
Dari jauh saya rasa kasihan akan keluarga ini, bukan siapi-siapa, tetapi orang melayu islam, dan dari keluarga saya pula. Terbuang dalam sebuah keluarga yang dulunya 'Tanah Melayu' kemudian 'Persekutuan Tanah Melayu' dan akhirnya sekarang Malaysia. Jika saya seorang pemimpin negara pun, belum tentu saya boleh menyelesaikan masalah ini jika itu bukan kehendak Allah SWT.
Itu baru satu cerita keluarga, belum keluarga yang lain.
Sedih, Melayu muslim di ambang kepupusan.

1 Responses to “Main kahwin-kahwin dan rumah setinggan”

Aiman Amz said...
September 2, 2011 at 8:03 PM

Salam, Nizam.

Ana suka perkongsian yang ini.

"...pembinaan dan seterusnya penerusan sesebuah keluarga itu wajiblah mengambil kira agama, kemudian cinta, kemampuan kewangan, restu ibu bapa dan sebagainya. Kenapa cinta nombor dua? Saya percaya Allah SWT boleh menumbuhkan cinta bila2 masa yang Dia mahu."

Ye.. Perkahwinan itu bukannya permainan.. Like~!


Post a Comment

believe it and you'll be happy forever

Followers

O Allah, please show them the truth

From those, too, who call themselves Christians, We did take a Convenant, but they forgot a good part of the messege that was sent them; so We estranged them, with enmity and hatred between the one of the other, to the Day of Judgement. And soon will Allah show them what is they have done.

My Blog List