Monday, June 28, 2010
067:001 Blessed be He in Whose hands is Dominion; and He over all things hath Power;-
067:002 He Who created Death and Life, that He may try which of you is best in deed: and He is the Exalted in Might, Oft-Forgiving;-
:003 He Who created the seven heavens one above another: No want of proportion wilt thou see in the Creation of (Allah) Most Gracious. So turn thy vision again: seest thou any flaw?
067:004 Again turn thy vision a second time: (thy) vision will come back to thee dull and discomfited, in a state worn out.
067:005 And we have, (from of old), adorned the lowest heaven with Lamps, and We have made such (Lamps) (as) missiles to drive away the Evil Ones, and have prepared for them the Penalty of the Blazing Fire.
067:006 For those who reject their Lord (and Cherisher) is the Penalty of Hell: and evil is (such), Destination.
067:007 When they are cast therein, they will hear the (terrible) drawing in of its breath even as it blazes forth,
067:008 Almost bursting with fury: Every time a Group is cast therein, its Keepers will ask, "Did no Warner come to you?"
067:009 They will say: "Yes indeed; a Warner did come to us, but we rejected him and said, 'Allah never sent down any (Message): ye are nothing but an egregious delusion!'"
067:010 They will further say: "Had we but listened or used our intelligence, we should not (now) be among the Companions of the Blazing Fire!"
067:011 They will then confess their sins: but far will be (Forgiveness) from the Companions of the Blazing Fire!
067:012 As for those who fear their Lord unseen, for them is Forgiveness and a great Reward.
067:013 And whether ye hide your word or publish it, He certainly has (full) knowledge, of the secrets of (all) hearts.
067:014 Should He not know,- He that created? and He is the One that understands the finest mysteries (and) is well-acquainted (with them).
067:015 It is He Who has made the earth manageable for you, so traverse ye through its tracts and enjoy of the Sustenance which He furnishes: but unto Him is the Resurrection.
067:016 Do ye feel secure that He Who is in heaven will not cause you to be swallowed up by the earth when it shakes (as in an earthquake)?
067:017 Or do ye feel secure that He Who is in Heaven will not send against you a violent tornado (with showers of stones), so that ye shall know how (terrible) was My warning?
067:018 But indeed men before them rejected (My warning): then how (terrible) was My rejection (of them)?
067:019 Do they not observe the birds above them, spreading their wings and folding them in? None can uphold them except (Allah) Most Gracious: Truly (Allah) Most Gracious: Truly it is He that watches over all things.
067:020 Nay, who is there that can help you, (even as) an army, besides (Allah) Most Merciful? In nothing but delusion are the Unbelievers.
067:021 Or who is there that can provide you with Sustenance if He were to withhold His provision? Nay, they obstinately persist in insolent impiety and flight (from the Truth).
067:022 Is then one who walks headlong, with his face grovelling, better guided,- or one who walks evenly on a Straight Way?
067:023 Say: "It is He Who has created you (and made you grow), and made for you the faculties of hearing, seeing, feeling and understanding: little thanks it is ye give.
067:024 Say: "It is He Who has multiplied you through the earth, and to Him shall ye be gathered together."
067:025 They ask: When will this promise be (fulfilled)? - If ye are telling the truth.
067:026 Say: "As to the knowledge of the time, it is with Allah alone: I am (sent) only to warn plainly in public."
067:027 At length, when they see it close at hand, grieved will be the faces of the Unbelievers, and it will be said (to them): "This is (the promise fulfilled), which ye were calling for!"
067:028 Say: "See ye?- If Allah were to destroy me, and those with me, or if He bestows His Mercy on us,- yet who can deliver the Unbelievers from a grievous Penalty?"
067:029 Say: "He is (Allah) Most Gracious: We have believed in Him, and on Him have we put our trust: So, soon will ye know which (of us) it is that is in manifest error."
067:030 Say: "See ye?- If your stream be some morning lost (in the underground earth), who then can supply you with clear-flowing water?"
068:042 The Day that the shin shall be laid bare, and they shall be summoned to bow in adoration, but they shall not be able,-
068:043 Their eyes will be cast down,- ignominy will cover them; seeing that they had been summoned aforetime to bow in adoration, while they were whole, (and had refused).
068:044 Then leave Me alone with such as reject this Message: by degrees shall We punish them from directions they perceive not.
068:045 A (long) respite will I grant them: truly powerful is My Plan.
068:046 Or is it that thou dost ask them for a reward, so that they are burdened with a load of debt?-
068:047 Or that the Unseen is in their hands, so that they can write it down?068:048 So wait with patience for the Command of thy Lord, and be not like the Companion of the Fish,- when he cried out in agony.
068:049 Had not Grace from his Lord reached him, he would indeed have been cast off on the naked shore, in disgrace.
068:050 Thus did his Lord choose him and make him of the Company of the Righteous.068:051 And the Unbelievers would almost trip thee up with their eyes when they hear the Message; and they say: "Surely he is possessed!"
068:052 But it is nothing less than a Message to all the worlds.
Thursday, June 24, 2010
Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-
Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan
kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang
memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).
kenyataan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Association or MDA ) berhubung berita " 30% doktor gigi palsu ?"
by nizamuddinpardan · 1
Berikut adalah kenyataan- kenyataan dari pihak Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Association or MDA ) berhubung dengan penyiaran akhbar Mingguan Malaysia bertajuk " 30% doktor gigi palsu ?" pada bertarikh 7 hb Februari 2010.
Majlis Persatuan Doktor Pergigian Malaysia(Malaysian Dental Association atau MDA) ingin membentangkan fakta fakta tersebut di bawah;
1. Setakat hujung tahun 2009, dianggarkan terdapat lebih kurang 4,400 doktor –doktor gigi yang bertauliah yang sudah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Council /MDC ) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Semua kawalan-kawalan untuk memastikan kesemua pengamal-pengamal pergigian di Malaysia berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia dan mempunyai lesen AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAAGAAN KESIHATAN SWASTA adalah dibawah unit kawalan amalan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
3. Cuma doktor- doktor gigi bertauliah yang sudah berdaftar sah dengan Majlis Pergigian Malaysia boleh memohon untuk menjadi ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA). Persatuan Doktor Pergigian Malaysia sentiasa memastikan kesemua (100%) ahli ahli Persatuan memenuhi kedua-dua kriteria ketat iaitu mempunyai lepasan ijazah pergigian yang diiktirafkan oleh Majlis Pergigian Malaysia di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia serta mempunyai sijil amalan tahunan dan lesen dibawah AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 (AKTA 586)sebelum diterima sebagai ahli.
4. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia pada masa kini mempunyai lebih kurang 2800 ahli-ahli yang berdaftar dengan persatuan secara sukarela dan kesemuanya memenuhi kriteria ketat yang tersebut di atas.
5. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia mempunyai kawalan ketat untuk memastikan kesemua ahli-ahlinya mempraktikkan etika perkhidmatan yang berprofesional , sentiasa memberi perkhidmatan pergigian yang berkualiti tinggi mengikut panduan-panduan keselamatan pesakit yang teliti.
6. Di samping itu, Persatuan Doktor Pergigian Malaysia sering mengadakan konvensi, seminar serta symposium pergigian untuk sentiasa memastikan tahap pengetahuan ahli-ahli MDA terus dipertingkatkan. Sememangnya kualiti program pembelajaran berterusan profesional (continuous professional development program ) Persatuan Doktor Pergigian Malaysia amat tinggi sehingga dikenal sah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pihak Majlis Pergigian Negara Singapura and Kementerian Kesihatan Singapura.
Kesimpulan
1. Oleh yang demikian, Majlis Persatuan Doktor Pergigian Malaysia yakin bahawa kesemua ahli ahli persatuannya tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam kegiatan doktor gigi palsu. Malah, kami ingin dan sedia membantu unit kawalan amalan di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengenalpasti serta menghapuskan kegiatan doktor gigi palsu yang haram itu demi keselamatan orang-orang awam.
2. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia ingin menyeru orang orang awam sentiasa berwaspada keatas doktor doktor gigi yang tidak dapat menunjukkan sijil pengamalan pergigian dan lesen AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 (AKTA 586) di klinik-klinik mereka. Untuk menjawab segala kemusykilan mengenai pengamal pergigian tertentu,orang awam disyorkan merujuk kepada Majlis Pergigian Malaysia dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia yang dapat dirujuk di laman web www.mda.org.my atau dihubungi dengan nombor telefon 03-2095 1495 ,emel : mda@streamyx.com .
Cadangan-cadangan
Persatuan Doktor Pergigian Malaysia juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mensyorkan cadangan cadangan berikut untuk membentaras kegiatan doktor gigi palsu.
1. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia ingin menyeru Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan peruntukkan kewangan yang lebih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia , khususnya kepada cawangan kawalan amalan perubatan dan pergigian swasta (CKAPS) untuk memantapkan unit tersebut dan seterusnya mempertingkatkan aktiviti penyeliaan serta pengawalan.
2. Disamping itu, Persatuan Doktor Pergigian Malaysia ingin mensyorkan agar cawangan kawalan amalan pergigian swasta (CKAPS) Kementerian Kesihatan menumpukan fokus mereka kepada warga asing dan individu yang tidak bertauliah dan tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia yang kami percaya adalah punca utama kegiatan doktor gigi palsu dan bukannya doktor doktor pergigian yang berdaftar di dalam Majlis Pergigian Malaysia dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.
3. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia juga ingin menekankan bahawa akta-akta pergigian dan undang undang di bawah Kanun Keseksaan harus diperketatkan untuk lebih mefokuskan kepada menangkap dan mendakwa individu-individu yang menjalankan kegiatan perkhidmatan pergigian haram. Malangnya , dari peninjauan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia , akta baru dan pindaan Akta Pergigian kurang menumpu untuk menghukum golongan yang menyamar dan memberi perkhidmatan pergigian haram tetapi sebaliknya lebih cenderung ditujukan kepada pengamal-pengamal pergigian yang bertauliah dan berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.
5. Selaras dengan cadangan di nombor (4), Persatuan Doktor Pergigian Malaysia inginkan Majlis Pergigian Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan keutamaan untuk doktor-doktor gigi bertauliah yang mengamal di Malaysia supaya menjadi ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia untuk MDA membantu di aspek aktiviti-aktiviti pengawasan dan penguatkuasaan ahli-ahlinya.
6. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia juga ingin mensyorkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia mengiktirafkan Biro Aduan Pesakit di dalam persatuan kami sebagai pusat aduan pesakit serta pengumpulan maklumat kegiatan pergigian haram. Peranan biro ini perlu juga diberi kuasa untuk bertindak terhadap pengamal pergigian yang bukan ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia. Pada masa kini , ianya terhad kepada ahli MDA sahaja.
Wednesday, June 23, 2010
http://konsertalaqsa.files.wordpress.com/2010/06/poster-kondaq-latest.jpg
Wednesday, June 23, 2010 by nizamuddinpardan · 0
Pagi Rabu 23 Jun 2010 yang hujan, saya telah diletak Allah SWT di sebuah perpustakaan baru. ^_^ Masya Allah, dan Subhanallah! cick3 (bunyi cicak keluar dari mulut saya)
PERPUSTAKAAN ISLAM, MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM).
Mula-mula niat dihati mahu ke perpustakaan besar melaka (200 meter dari perpustakaan islam neh)..Hujan lebat memaksa saya melangut di beranda bangunan MAIM dari pukul 7 sampai pukul 9 pagi sambil membaca buku anatomi hehe (fikr risau bimbang, nak masuk year 3 kenalah fakih bab2 anatomi ni).
Pukul9, lepak kedai makan..makan tosai+tehpanas...uhh . ^_^ Masya Allah, dan Subhanallah! cick3 (bunyi cicak keluar dari mulut saya)..Hujan lagi....
pukul 10, saya mula gerak ke perpustakaan besar dan tiba-tiba....
PERPUSTAKAAN ISLAM, MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM).
Wah...saya pun masuk...pucuk dicita ulam mendatang
3 jam disitu, saya mula mengumpul buku2 berkaitan fiqh, terutama yang ada kaitan dengan fiqh perubatan. Tiba-tiba terjumpa sebuah Kitab tebal bertajuk KUMPULAN HADIS2 DAIF DAN MARFU'...
saya pun baca..selak punya selak,banyak juga hadis yang biasa kita dengar, tiba-tiba dihukumkan daif, maudu', dan marfu' dalam buku ini oleh Imam alBani . apa makna daif, maudu', dan marfu' ? Tanya wak google. lepas tu refer ustaz/ustazah, wak google x boley percaya sangat...
Pulak tu, saya jumpa 2 hadis yang biasa diguna penceramah ************ (NGO Palestin). Satu dihukumkan maudhu, satu lagi dihukum sangat mungkar! Masya Allah, saya terus text ustaz saya..
12.48pm Salam, ust, ana terjumpa buku kump hadis2 maudhu, n terbaca hadis
'dari huzaifah r.a. .........sesiapa yang tak ambil berat terhadap org
islam, dia bukan dari golongan mereka (intihadis) Albani kata hadis ni
maudhu'. Ana pernah nampak ************ (NGO Palestin)guna hadis ni,ap pndapat ust?
12.50pm pnjang pebahasan bab ni..yg penting matan dia ok
12.54pm oh. memang ad matan B. Arab dia ust. Tapi buku ni kata hadis ni dicipta
Ishak B. Bisyr
12.59pm betul albani agak syadid dlm bab ni, ulama lain ada pendapat dia
1.08pm Ana jumpa juge hadis 'kirimkan minyak pelita ke bait maqdis', azzahabi kata hadis ni sangat mungkar,. hadis ni pernah diguna ********* dalam ceramah dia
pukul 2.39 petang, ust. call..
salam
wsalam, ye ustaz hehe
nizam! dah masuk bidang pergigian ka?
Dah, nak masuk tahun 3.
Oh, anta tengah buat kajian hadis ka?
Eh, tak lah ust. Baru hari ni terjumpa buku tu .
Albani ni memang syadid dalam hadis..tegas
Ya, ya, agak keras sikit.
Bukan klasik, tapi keras,tegas. Hadis kita tengok matan dan perawi dia. Matan baik
maka ok. Hadis dikatakan marfu dan sebagainya antaranya disebabkan perawi yang
cacat peribadi. Ada hadis maksud betul, contohnya kalau ana cakap kebersihan
satu dari iman, ya betul maksud ana. Yang pertama perbahasan hadis ni
panjang. Albani dibanding qaradawi, qaadawi lebih lembut. macam hadis riwayat
bukhari, hadis paling tinggi pangkat dia. yang kedua anta takde asas, Jadi kita
nak ikut, kita kena ada perbincangan yang mencerahkan. Mesti ada
perbincangan.Uhh...ana rasa jahil pula ust..
Bukan, baguih anta bat kajian tu, cuma ada perbahasan dan anta minta jawapan
dari ana on the spot, nak cepat, susah.oh, ok2
ok
maka tamatlah perbualan...kurang2 gitulah isi perbincangan..saya fikir lagi....adui, pening juga, jahilnya saya huhu. then saya text ust lagi (tak puas lagi tu..ish3)
3.21pm Jadi ust, bagus saya tak pegang pada buku tu? sebab bagi
saya penting kita pegang pada hadis yang sahih3.22pm pakai, takde masalah, cuma mesti atas manhaj
ilmiah
Saya pulang ke rumah dengan 3 perkara dalam otak
- kene belajar lagi
- jangan buat kepala sendiri dalam agama
- lapar....
Balik, pekena mee goreng adik buat..hee pedas tapi ok la.
wallahualam
Thursday, June 17, 2010
Assalamualaikum.
Masjid adalah tempat sujud, tempat yang tepat bagi pencari ketenangan, paling penting, tempat bagi hamba-hamba Maha Pengasih yang mahu membersih dan menyuci hati. Masjid adalah rumah kedua bagi sang pemuda.
Namun mengapa rumah kedua ini dipinggirkan orang muda? Jawapan yang sangat subjektif dan tidak dapat diterangkan hanya dengan beberapa patah kata. Pengalaman sebagai orang muda, insyaAllah, telah menunjukkan kepada saya; sebab-sebabnya.
Orang muda gemar ke tempat yang sejiwa dengan hati mereka. Apakah bila mereka perlu santai, atau hiburan, fikiran mereka lebih terarah kepada kompleks beli-belah, pusat hiburan dan taman-taman? Sedangkan santai ada pada pembacaan al-Qur'an dan iktikaf di masjid. Hiburan juga ada pada ukhuwah dan persaudaraan hamba-hamba Allah yang soleh, juga di masjid. Hikmah dan kelebihan yang ada di masjid adalah terlalu banyak, namun ramai orang muda tidak sedar akan hakikat ini. Maka, anda pembaca yang mempunyai kesedaran, wajib mewara-warakan fadhilat ke masjid ini.
Saya perhatikan, sebahagian masjid agak kurang menitikberatkan 'keperluan' orang muda di masjid. Simbol masjid (dan ahli jawatankuasa masjid) menghargai dan meraikan orang muda hampir tidak ada. Namun ada juga masjid yang tidak begitu. Lihat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor), banyak sebab untuk orang muda seperti saya jatuh hati. Gelanggang futsal, bilik-bilik mandi, cafe, wifi, pasar, taman dan macam-macam lagi membuatkan masjid dirasakan pelbagai guna. Berpenghawa dingin pula! Terdapat juga dewan seminar, dan masjid ini juga sangat aktif berprogram dalam menyampaikan ilmu dan dakwah. Ruang solat juga sentiasa terbuka untuk orang muda berdiskusi. Satu contoh yang baik.
Masjid juga mestilah bersih. Rata-rata masjid dialas karpet yang mudah hapak dan kotor dek basah dan habuk. Apa kata trend karpet ini ditukar kepada lantai kayu/parquet? Contoh yang baik adalah surau di R&R lebuhraya Plus. Bersih, wangi dan kemas. Jika di mata orang muda, kompleks beli-belah lebih bersih dan kemas daripada masjid, bagaimana mereka akan tertarik akan masjid?
Apa yang orang muda boleh dapat, apabila berkunjung dan selalu mendiami masjid? Perkara ini mesti difikirkan pihak-pihak yang bertanggungjawab atas masjid. Masjid bukan hanya tempat bagi mereka yang punya masalah hidup sahaja seperti yang digembar-gembur filem dan drama televisyen. Bahkan seperti yang saya katakan tadi, masjid adalah rumah kedua sang pemuda! Mana dia ruang bacaan yang menyediakan terjemahan al-quran, majalah-majalah, buku-buku,&akhbar-akhbar islamik, pantri dan bilik rehat? Namun kemudahan-kemudahan tadi adalah sampingan untuk menarik minat orang muda ke masjid. Apa yang penting, asas keperluan masjid zaman moden ini mesti dilengkapkan dahulu. Jika Qur'an terjemahan pun tidak disediakan, bagaimana boleh dikatakan pihak msjid bersungguh menyebar ajaran Islam?
Saya tidak menafikan bahawa faktor kurang ilmu dan pendedahan menyebabkan orang muda tidak berminat dengan masjid. Atau kurangnya program masjid yang mensasarkan 'orang muda' sebagai peserta program. Juga kurangnya 'kebolehcapaian' orang muda terhadap masjid. Bagaimana boleh dikatakan masjid sentiasa terbuka, sedangkan pintu sentiasa berkunci. Sudahlah berkunci, kawasan masjid berpagar pula! Seakan-akan taman larangan istana! Dengan dek kelakuan seorang dua pengunjung setia masjid yang kurang senyuman (mungkin kerana masalah hidup), semacam pengawal diraja pula. Bahkan perkara ini seharusnya tidak timbul, kerana masjid adalah milik Allah untuk semua manusia, siapa-siapa pun.
Para pengunjung masjid dan ahli jawatankuasa masjid juga perlulah menjaga reputasi dan imej. Senyum selalu, dan jalinkanlah hubungan peribadi dengan orang muda. Apabila hubungan rapat terjalin, akan mudahlah untuk diajak ke masjid. Kanak-kanak pula mestilah dilayan seperti manusia, bukan diherdik-herdik. Perlu diingat, mereka juga bakal besar dan menjadi orang muda. Imej buruk yang ditonjolkan akan mereka ingat waima sudah menjadi orang muda kelak. Hulurkan salam dan jalinkan silaturrahim seperti akhlak nabi s.a.w.
Masjid adalah hati bagi sesebuah bandar atau kampung. Kembalikan pengaruh dan potensi masjid kepada orang muda, saudara-saudariku. Bagi kawasan berkepadatan tinggi seperti di Lembah Klang, masjid mesti diperbanyakkan! Biar banyak seperti banyaknya stesen minyak dan restoran Mamak. Jika pembaca berkunjung ke Melaka (negeri paling banyak masjid) menaiki kereta, jangan terkejut kerana di sepanjang jalan, anda akan melepasi banyak masjid, juga berbelas-belas surau dalam beberapa minit perjalanan. Tingkatkan kebolehcapaian orang muda kepada masjid, semoga bangsa dan negara ini dirahmati Allah SWT.
Wednesday, June 16, 2010
Baik! Projek pertama kita: ‘Fissure sealant’, atau ‘penutup lurah’..betul kot. Dr . Syam mengurut-urut janggutnya yang sejemput itu. Pecah berderai ketawa kelas Tahun 2 Fakulti Pergigian.
Pagi awal tahu 2023. Tahun ini adalah tahun pertama pengajaran dilakukan menggunakan bahasa pengantar baru- bahasa kebangsaan Malaysia. Tunggang terbalik jadinya. Baik pensyarah mahupun mahasiswa mahasiswi. Namun tidak mengapa, asalkan pemahaman dan penghayatan pelajar lebih mudah.
‘Seperti yang kita tahu, gigi terutama yang disebelah belakang arca mulut, mempunyai lurah-lurah yang dalam.’
Ketawa lagi. Dr Syam menghela nafas.Nakal juga budak-budak ni. Sama saja lelaki perempuan. ‘Kamu ingat perkataan lurah tu untuk tempat tu saja ke? Itulah pengaruh akhbar dan majalah, sesuatu perkataan itu boleh jadi popular dengan isu-isu menarik, pasti antaranya yang berbaur lucah.’
Diam
Terasa agaknya.
‘Dalamnya lurah-lurah ini menjadikannya tempat pengumpulan sisa makanan, plak dan bacteria. Susah pula diberus. Karang gigi atau karies mudah terbentuk di sini. Jadi lurah-lurah ini akan kita tutup dan lindungi dengan fissure sealant. Siapa boleh beritahu saya, bahan yang digunakan untuk fissure sealant?’
Diam lagi. Tak baca buku ke apa budak-budak ni? Dr. Syam menarik nafas lagi.
‘Lu fikirlah sendiri. Hahaha.’
Alamak, kenapa diam? Dr. Syam malu sendiri. Cepat-cepat dia menyambung syarahan.
‘Kebanyakan produk fissure sealant dihasilkan menggunakan sistem resin dimethacrylate , contohnya Bis GMA atau urethane dimethacrylate. Paling ringkas, produk yang dihasilkan terdiri daripada 2 komponen cecair, setiap satunya mengandungi monomer dimethtacrylate dan monomer pencair contohnya triethelyne glycol dimethacrylate. Dan ditambah pengaktif amine di satu cecair dan pemula peroxide di satu cecair lagi.’ Dan digaul, maka proses polimerisasi pun berlaku….’
Mahasiswi di hadapan Dr. Syam terlopong. Yang disebelah kirinya asyik memandang pintu. Yang sebelah kanan pula tersengguk-sengguk. Yang di belakangnya menghisap pen. Mahasiswa pula banyak yang mula menguap.
Aduh, bagaimana? Aku mengajar, macam ini pula. Terbit sedih dilubuk hati Dr. Syam. Aduhai bangsa Melayu, dimana ghairah kamu menuntut ilmu?
‘Faham? Tak faham, tanya. Lemau je saya tengok awak ni. Tak sarapan ke?
‘Tak sempat… Kelas mula pukul 8.’
La haula wa la quwwata illa billah.
‘Semua duduk kolej bukan?’Angguk. ‘ Bangun pukul berapa? Saya tinggal di seksyen 27, masih sempat sarapan dan datang on time. Isteri saya yang kerja di Sungai Buloh pun, sempat lagi jerang air dan buatkan vico panas untuk saya. Bangunlah awal sikit sayang.’
Tersipu-sipu mahasiswi-mahasiswi. Bangun lewat ye.
Baik, GIC juga popular sebagai fissure sealant. Kita cuma perlu bancuh dengan lebih cair untuk ia mengalir dan memenuhi lurah-lurah gigi. Bagusnya tentang GIC ialah GIC membebaskan ion fluoride, oleh itu bertindak lebih baik mencegah karang gigi.
‘Projek kamu pagi ini, gunakan gigi15. 15 yang masih baik,yang sound bukan yang dah hancur dek karies! Siapa yang takde?’
6 orang angkat tangan.
‘Minta kawan ye.’
Baik, restorasi yang siap mestilah tak tersangkut bila diprob, licin, permukaannya tak poros, dan berketebalan paling minimum. Konturnya perlu bersambung dengan permukaan gigi mengikut bentuk sebenar gigi. Tiada lebihan di pinggiran yang boleh dikesan dengan prob bengkok. Satu lagi, semua lurah ditutup dan pertukaran tempat antara gigi dan sealant berlaku dengan licin. 'OK?'
'OK.'
'Kamu boleh gerak sekarang. Selamat berprojek! '
Dr. Syam tersenyum. Batch ke 15 fakulti pergigian UiTM sudah masuk tahun kedua. Dr Syam teringat kisah lamanya dahulu, juga di sini, di dewan kuliah yang sama.
'Zaman batch ke-3 telah berlalu. Semoga mereka, batch ke-23 menjadi doktor-doktor gigi melayu muslim yang penuh tanggungjawab, 4 tahun lagi, seperti kami. '
Monday, June 14, 2010
Aku seorang yang suka menulis, membaca serta berfikir. In fact, aku amat berterima kasih kepada ayah kerana memupuk dan menyemai sifat ini. Kegilaan aku kepada buku sampai peringkat aku boleh menghabiskan beratus-ratus ringgit dalam masa 1 jam untuk membeli buku. Biasiswa RM5600 sesemester memang beberapa peratus habis ke buku. Aku kadang-kadang menyesal juga begitu kadangkala, bila pada akhir semester aku mula sesak wang. Namun sehari-hari, bukulah sumber ilmu dan fikiran aku.
Dengan izin Allah, bukulah yang membuka fikiranku kepada dunia yang sangat luas ini. Dari cerita cinta kepada isu Palestin dan survival umat Melayu, kadangkala fikiran aku diberati dengan hal-hal yang mungkin tidak dapat aku gapai, atau kurang berkaitan dengan diri. Sungguh! Hahaha. Bukan semuanya demikian, sebenarnya.
Aku mula mengenali halal dan haram ,melalui minat membaca. Dan aku sedaya upaya menahan dan mengawal kehendak diri agar selari dengan ajaran langit. Waima kadangkala tewas, bukan sedikit aku memenangi peperangan menentang bathil.
Aku juga berasa sedih jika manusia-manusia di sekelilingku melangkahi batas-batas halal haram ini. Bahkan ahli keluargaku sendiri, selain teman-teman mahasiswa/i di fakulti kesayanganku di UiTM. Adakala mereka memprotes teguran juga nasihat dan peringatan seolah-olah hanya aku dan orang-orang ‘alim’ sahaja yang harus menjaga batas halal haram ini. Dan hanya kami yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Bukan sedikit peristiwa dimana aku pula yang makan hati selepas itu, padahal mereka melupakan apa yang harus mereka sesali.
Kadangkala aku berfikir, apakah hanya aku yang berfikir dengan cara fikir yang aku fikirkan sekarang ini? Haha, berbelit-belit. Apakah hanya aku yang was-was. Yang tidak bebas serta terikat? Yang konservatif dan lapuk? Yang susah dan menyusahkan?
Hah, bahkan aku seorang yang selalu berfikir. Mustahil orang yang selalu berfikir lapuk pemikirannya. Ujubkah aku jika aku begini? Akukah yang merasa sentiasa suci dan hanya diri sendiri yang baik?
Bahkan kemungkinan mereka kurang membaca, lantas tidak tahu bahawa apa yang mereka sedang lakukan adalah salah. Seperti dalam sebuah kapal, penumpang sengal di bahagian bawah kapal mahu memancing lantas dibocorkan dinding kapal. Sedang ada sahaja penumpang bijak yang memancing di bahagian atas. Gara-gara perbuatan orang sengal ini, kapal bisa karam lalu terbunuhlah kedua-dua golongan. Yang pasti aku bukan bermaksud bahawa akulah penumpang bijak, melainkan sekadar contoh.
Begitu juga bagi mereka yang mahu mendapatkan sesuatu faedah daripada sesuatu perbuatan. Kadangkala sesuatu perbuatan memang menghasilkan faedah, tetapi kesan buruknya tetap ada. Bahkan terdapat cara lain yang menghasilkan faedah yang sama bahkan lebih lagi. Tetapi mereka sering memilih tindakan yang menghasilkan faedah disamping kesan buruk yang akhirnya menghilangkan faedah dan manfaat.
Aku seorang yang yakin bahawa ‘dirikanlah bendera putih, dan jangan khuatir akan dirinya bendera hitam, dan ramainya manusia dibawah naungan bendera hitam, kerana jika berdirinya bendera putih, akan ada manusia-manusia yang mahu menyucikan diri yang akan berkumpul di bawah naungan bendera putih. Dengan erti kata lain, jadilah murabbi atau daie yang menyaingi sang ‘asi (pendosa) dalam mempengaruhi keadaan sekeliling.
Sementelah, aku berdiri sebagai seorang mahasiswa. Mereka yang berbual-bual denganku, akan menunjukkan reaksi hormat setelah aku memperkenalkan diri. Bakal doctor, kata mereka. Dalam hati aku mengucap syukur kerana mengecap nikmat ini.
Aku pernah berasa rendah diri tahap ‘gaban’ di sekolah. Gelaran yang macam-macam diberi kepada aku, kerana proses penyesuaian diri itu amat perit bagi seorang budak lelaki kurang matang di sebuah sekolah elit. Tidak mengapa,ada hikmah yang sudah tentu. Doa ajaran nabi ketika dalam situasi ini- Qaddarallahu wa ma sya a fa an…Benda yang dah jadi, Allah yang takdirkan, pasti ada hikmah.
Tapi apa gunanya penghormatan ini? Hanya sekadar mereka tahu bahawa aku adalah seorang mahasiswa. Sedang orang-orang yang rapat denganku agak kurang menghormati aku kerana kelemahan yang susah sangat untuk aku atasi. Dan ilmuku belum cukup untuk aku dihormati. Dan dosa-dosaku yang Allah Yang Maha Pengasih sampai sekarang menutupnya.
Sekarang tengah heboh tentang Piala Dunia dan Judi bola. Malaysia meluluskan lesen judi bola kepada Berjaya Holdings, dengan logic untuk memerangi judi haram dan menghormati ‘budaya judi dikalangan kaum cina’. Aku termangu. Aku bukanlah seorang ahli politik, bukan juga seorang ulama.Tetapi hatiku cepat untuk mengatakan bahawa ‘ini Negara islam, dan bermajoriti melayu islam. Betapa majority islam tidak membawa apa-apa makna pun pada survival syiar, jika hati para majority tiada memberati syariat agama. Meninggalkan dakwah dan membenarkan budaya tidak islami. Bahkan dunia politik sesuatu yang merimaskan, aku ingin berhenti setakat ini. Semoga Allah membetulkan keadaan kusut ini.
Aku juga percaya bahawa aku berada dalam sebuah fakulti yang bermajoriti melayu islam. Secara logiknya perlaksanaan agama islam lebih mudah berbanding tempat lain. Maka aku memperbanyakkan bahan bacaan islam di fakulti dengan cara mengedarkannya kepada setiap orang. Dengan harapan kesedaran dan semangat islam akan meningkat. Ternyata aku agak silap. Program hari keluarga jadi ibrah kepadaku, bahawa dakwah tidak cukup dengan hanya mengedarkan surat, buletin, dan risalah. Dan dengan hanya menjual qur’an, majalah islam, dan lain-lain. Malah sampai sekarang program itu seakan-akan menghantui diriku.
Wahai sang penulis, kamu belum mengerti apa itu sirah nabi. Kamu belum menceduk keseluruhan ibrah yang ada dalam sirah nabi. Sekelumit cubaan mental ini adalah seperi sebutir debu di tengah padang pasir dakwah. Yang mungkin tidak layakpun dipanggil debu dakwah.
believe it and you'll be happy forever
Followers
O Allah, please show them the truth
Blog Archive
-
▼
2010
(38)
-
▼
June
(10)
- AL-MULK (THE SOVEREIGNTY, CONTROL)
- the pen (holy qur'an)
- Apa Ertinya Saya Menganut Islam
- kenyataan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (Mal...
- http://konsertalaqsa.files.wordpress.com/2010/06/p...
- library baru, bunyi cicak dan hujan
- Bagaimana mahu membuat orang muda sukakan masjid?
- Main kahwin-kahwin dan rumah setinggan
- Fissure sealant’
- aku, buku dan dunia
-
▼
June
(10)