Sunday, June 26, 2011

kata-kata terbaik dari ustaz farid ravi abdullah

assalamualaikum..semalam 26 jun 2011 al-fadhil ustaz farid ravi bin abdullah (pendakwah malaysia yang masuk islam ketika berumur 18 tahun) datang ke tempat saya menyampaikan ceramah sempena isra mi'raj. beliau (alhamdulillah) berjaya memikat hati kami kepada isi ceramah beliau. dibawah adalah 'best quotes' beliau..(err, saya just taip balik isi ceramah beliau ikut memori saya, jadi di bawah ini adalah isi ceramah beliau)..
  1. Memahami penolakan peristiwa isra mi’raj oleh orang kafir dapat dianalogikan seperti seekor semut yang masuk ke dalam songkok saya, kemudian saya pakai songkok itu dan pergi ke Singapura untuk menyampaikan ceramah dalam beberapa jemputan. Semut tersebut atas songkok yang saya pakai dapat melihat kehebatan Changi Airport, KLIA, kokpit kapal terbang dan semua tempat yang saya pergi. Apabila saya pulang ke rumah dan meletakkan songkok tersebut di atas rak buku saya, semut itu keluar lalu bercerita kepada semut-semut lain. Sudah tentu ada semut yang mentertawakan cerita semut tadi sebab mereka tak Nampak apa yang semut itu nampak. Macam itulah kita manusia yang tak dapat lihat benda-benda yang Nabi dapat lihat.
  2. 'Kenapa ayat ini ()al-israa ayat 1) dimulakan dengan ‘subhanallazi’ (Maha Suci Dia)? Sebab dengan kekuasaan Allah yang Maha Suci dari kelemahanlah yang membawa Nabi S.A.W. bergerak dalam isra dan mi’raj.'
  3. 'Kita dapat lihat bagaimana orang melayu Islam tak dapat bersatu pun walaupun dalam melibatkan aqidah. Isu Kalimah Allah yang mahu digunakan dalam sebuah penerbitan majalah gereja, pun dibuat sambil lewa semata-mata kerana mahukan sokongan bukan Islam. Majalah tersebut dikeluarkan dalam 4 bahasa (Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil). Hanya keluaran bahasa melayu yang ingin diletakkan kalimah Allah menggantikan perkataan Tuhan. Sedangkan perkataan Tuhan digunakan dalam bahasa mandarin dan Tamil apabila diterjemah. Kalau betul mereka jujur ikhlas mahukan kalimah Allah untuk menyelaraskan dengan bahasa Indonesia, kenapa Kalimah Allah tidak dimohon untuk digunakan dalam keempat-empat edisi bahasa? Tengok macam mana perancangan rapi mereka yang tidak beriman, musuh-musuh Islam.'
  4. 'Saya kecewa bila ada pemimpin muslim kita sebut ‘semua agama sama’ semasa berucap di London. Samakah Kristian dengan Islam, Tuan-tuan? Samakah Buddha dengan Islam? Hindu dengan Islam. Sampai sudah TAK SAMA. Al-Islamu yaklu wa la yu’la alaih. Islam itu tinggi dan tidak ada (agama) yang lebih tinggi darinya. Sanggupkah Kalimah Allah yang Maha Satu dibawa ke gereja dan jadi TIGA Tuhan?'
  5. 'Saya dan rakan-rakan dalam PERKIM wilayah persekutuan berhempas pulas pening kepala berusaha menyelamatkan aqidah saudara-saudara baru yang ingin murtad. Tuan-tuan duduk rileks sahaja!! '
  6. Saya memang akui perlaksanaan Islam di Malaysia belum sempurna. Memang belum sempurna. Tapi dari masa ke masa ada peningkatan. Saya AJK Tilawah peringkat kebangsaaan, saya ada tonton arkib Tilawah selepas merdeka. Qariah pakai skaf nampak jambul! Sekarang tak, kita Nampak peningkatan. Itu ialah kesan, bila makin ramai orang kita pergi belajar ke Mesir, Jordan, balik betulkan masyarakat, sampaikan ilmu. Perubahan bukannya kun fayakun, petik jari sekejap sahaja. Ia tanggungjawab amanah yang Allah beri pada kita, memerlukan usaha kita, khalifah Allah ini, saya, tuan-tuan semua!
  7. Cukup surah al-ikhlas jadi bukti Kalimah Allah TAK SAMA dengan ‘Tuhan-tuhan’ agama lain. ‘katakanlah dialah Allah yang maha Satu. Allah tuhan yang bergantung padanya segala sesuatu. DIA TIDAK BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKKAN. Dan TIADA SESUATUPUN YANG SERUPA DENGANNYA.’ Surah ni anak-anak kita pun hafal,tuan-tuan!
  8. Berapa orang melayu dalam Malaysia? 50% sahaja! Campur cina muslim, india muslim, sikh muslim, orang asli muslim, 56% tuan-tuan. Nak buat apa 56% tuan-tuan? Itupun pecah tiga sekarang! Selama 23 tahun Nabi Muhammad berdakwah, orang islam dari kosong menjadi 90 000 orang beriman yang ikut mengerjakan haji 23 tahun selepas kerasulan Nabi. Kita selepas 50 tahun merdeka, angka 56% itu meningkat ke? Kita tak buat dakwah, tuan-tuan!
  9. Perlembagaan persekutuan sebut: orang Melayu adalah orang yang ‘beragama Islam, berbahasa melayu, dan mengamalkan cara hidup orang melayu’. Nak ikutkan , saya ni orang melayu, saya lebih fasih berbahasa melayu dari tuan-tuan, peti sejuk rumah saya belacan, tempoyak, ikan kering, ikan bilis semua ada. Tapi saya India Muslim. Islam yang menyatukan kita.
  10. Ada orang marah saya, ‘apa ni ustaz, balik-balik melayu, balik-balik melayu!’ saya jawab, ‘anda takda sebab marah saya, saya bukan melayu pun! Yang saya mahu, orang melayu BERSATU. Orang bukan islam berpesta perhatikan orang melayu islam bercakaran.’
  11. Lengkaplah peristiwa isra mi’raj kalau nak terangkan rukun iman. Beriman kepada Allah: percaya Allah dengan kehebatannya memperjalankan Nabi dari masjidilharam, masjidil aqsa sampai ke sidratul muntaha. Beriman kepada rasul: percaya Nabi Muhammad melalui peristiwa tersebut. Beriman kepada malaikat: percaya Jibril menemani nabi dalam peristiwa itu. Beriman kepada kitab: isra mi’raj tercatat dalam al-Qur’an dan Hadis. Beriman kepada hari kiamat: percaya macam-macam benda yang dilihat nabi. Beriman kepada qada dan qadar: dunia yang diperlihatkan kepada nabi menyerupai perempuan tua bongkok, balasan-balasan setelah mati yang nabi lihat. Itu semua terkandung dalam rukun iman yang 6.
  12. Rebut jawatan?! Sedangkan tanggungjawab nanti Allah tanya. Orang selalu calonkan saya jadi ahli jawatankuasa itu ini, sebab apa tuan-tuan? Sebab glamor. Lepastu adalah yang menyokong. Hei, ingat saya laratke, kita ni sibuk takut tak larat jalan tugas. Tapi ada ramai yang suka kumpul jawatan, tapi tak buat kerja.
  13. Beri anak isteri makan makanan halal, tuan-tuan. Itu proses pembersihan jiwa! Kita nak jumpa orang, kena pakai pakaian bersih, nak jumpa Allah kena luar bersih, dalam pun bersih! Kenapa hati nabi dikeluarkan dan dibilas dengan air zam-zam? Sebab nak dibersihkan dari segala gangguan syaitan sebelum bertemu Allah. Allah tak mahu jumpa orang dengan hati kotor, ye cik jenab, cik mat..
  14. Saya masuk islam umur 18 tahun. Tahun 1990. Bila saya masuk islam, makcik-makcik di kampung cakap ‘bagusnya ravi dah masuk Melayu..’ takkan saya nak syarah makcik tu saya masuk Islam, bukan masuk melayu. Nanti lama-lama dia betulkanlah sendiri. Nampak tak disini Islam dan melayu tak dapat dipisahkan!
  15. Negara kita berdaulat! Ada raja yang mengawal, ada perlembagaan dan sebagainya yang mengangkat Islam sebagai agama persekutuan. Kenapa ada orang melayu islam yang senang-senang ambil mudah isu kepentingan islam demi kepentingan peribadi?

0 Responses to “kata-kata terbaik dari ustaz farid ravi abdullah”

Post a Comment

believe it and you'll be happy forever

Followers

O Allah, please show them the truth

From those, too, who call themselves Christians, We did take a Convenant, but they forgot a good part of the messege that was sent them; so We estranged them, with enmity and hatred between the one of the other, to the Day of Judgement. And soon will Allah show them what is they have done.

My Blog List