Wednesday, September 15, 2010

lelaki lembab menerima dakwah?atau...


Sudah lama saya terniat menulis tajuk ini. bukan kerana saya sudah berhempas pulas berdakwah sampai boleh assume macam ni. Bukan juga kerana dah habis kredit msg 'ikhwah lama' dan kawan2 suruh ikut program. (boleh sangkut ke kalau guna msg je?- tanya diri sendiri lepas kredit habis T_T)


Tapi ini disuarakan seorang abang yang lama dalam dakwah.


Saya bagi statement ini 50% markah. Kenapa?


Sebab saya sesuaikan statement ini dengan diri saya. Lelaki (mahasiswa) menerima dakwah dari mereka yang mengesani jiwa mereka. Mereka yang sentiasa membersihkan diri. Di dahi mereka ada tanda sujud di malam hari. Mereka yang meletakkan tumpuan dan cinta mereka kepada Allah, bukan kepada kursus, koku, perempuan (oh!), dan sebagainya. Mereka yang punya masa untuk solat subuh, maghrib dan isyak berjemaah tanpa tertinggal (oh!), mereka yang bercampur dengan sahabat2 dalam keadaan mesra dan santai, though berprinsip. mereka yang selalu ke hadapan mengimami solat dan memberi pengisian dan peringatan. Dan saya bukan dari golongan 'mereka'. Sadly.


Saya tak salahkan sesiapa melainkan diri sendiri. Adakalanya badan terasa sangat3 berat lepas sesi hospital dan klinik, lantas perancangan satu pun tiada. Terasa banyak betul yang perlu dibaca dan banyak juga yang sudah dibaca tapi tak lekat dikepala. Dan saya langsung tidak bekerja secara berjemaah! amal jamaie zero..


Tapi kenapa saya masih memegang title 'ikhwah' dan bukan 'bekas ikhwah'? Kerana saya tahu masyarakat memerlukan orang2 muda yang thabit dan teguh dalam jalan ini. Mungkin jalan dakwah. Saya masih dalam jalan ini- pencarian diri sendiri- jalan tarbiah diri. Saya masih dalam marhalah ini.


Teringat kata2 mutiara ustaz Rusdi...

semakin ramai mereka yang bertaubat dalam sesebuah kesatuan itu, semakin dekat kesatuan itu kepada kemenangan. Saidina Umar RA pernah berkata- kamu berperang dengan amal kamu.


Maksudnya, betapa besar pun cabaran dan kekuatan musuh/lawan/cabaran yang dihadapi, amal sendiri adalah penentu kejayaan. Saya percaya akan kata2 ini kerana saya fikir saya pernah melaluinya beberapa kali. Mungkin.


Tapi semakin dewasa, semakin saya tertolak oleh arus hitam. dan saya masih berpaut pada beberapa beberapa pelepah kelapa yang masih dalam genggaman saya. Alhamdulillah.


Saya harap selepas ini, saya termasuk dalam golongan 'mereka'. Tak kisahlah kalau saya tak punya apapun untuk berdiri dan dikenali untuk fikrah ini di universiti seribu pendekar ini.


yang pasti lelaki tak lembab, cuma menunggu rijal yang seakan roh baru ditengah masyarakat.


1 Responses to “lelaki lembab menerima dakwah?atau...”

Aiman Amz said...
November 6, 2010 at 4:55 PM

^_^

moga terus tsabbat dalam Islam, ya Nizam.


Post a Comment

believe it and you'll be happy forever

Followers

O Allah, please show them the truth

From those, too, who call themselves Christians, We did take a Convenant, but they forgot a good part of the messege that was sent them; so We estranged them, with enmity and hatred between the one of the other, to the Day of Judgement. And soon will Allah show them what is they have done.

My Blog List