Sunday, August 8, 2010
hadis2 palsu bulan Ramadhan
Do you like this story?
1.Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W tentang fadhilat (kelebihan)sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan:
Malam 1 : keluar dosa-dosa
Orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 : berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitil Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf) serta batu-batu dan tanah- tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan nabi Musa serta menolong nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam 9 : Allah mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : keluar ia daripada dunia ( mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : datang ia pada hari Qiamat dalam muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 : datang malaikat menyaksikan ia sembahyang terawih , serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakanya supaya Allah mengampunkannya.
Malam16 : Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.
Malam 18 : Seru malaikat :Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau ( yang masih hidup atau mati)
Malam 19 :Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-taip dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar).
Malam 23: `Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.
Malam 24 : ` Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27: Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian siratol mustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30: Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali ,lalu ber Firman: “Hai hambaku : makanlah segala jenis buah–buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila,serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al- Kauthar”.
Terdapat tanda-tanda mubalaghah dalam hadith ini yang menunjukkan hadith mawdu’.
2.Hadith bermaksud “Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadan bulan umatku”
Dalam sanad Hadis ini terdapat Al-i b. Abd Allah b. Jahdam al-Suda-’-i yang lebih dikenali dengan nama Ibn Jahdam, dia dituduh pendusta. Sedangkan beberapa perawi lainnya dalam sanad ini tidak dikenali, bahkan beberapa ulama Hadis mengatakan bahawa barangkali mereka belum lagi dilahirkan (لعلهم لم يخلقوا). Hadis ini telah dihukumkan palsu oleh Ibn al-Jawz-i, Ibn Qayyim, Ibn H.ajar, al-Suyu-t.-i dan lain-lain. (Ibn al-Jawzi-. al-Mawd.u-a-t; Ibn Qayyim. al-Mana-r al-muni-f. ; Ibn H.ajar. Tabyi-n al-a’jaib; al-Suyu-t.i-. al-La’a-li’ ).
3.Hadith bermaksud “Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga Firdaus. Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajjal di hari Qiamat. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka padanya lapan pintu syurga”.
Dalam sanad al-Bayhaq-i terdapat beberapa perawi yang dhoe’f, amat dhoe’f dan seorang yang dituduh meriwayatkan hadith palsu daripada perawi thiqah. Antaranya adalah Uthman b. Mat.ar, dia dhoe’f menurut Abu- Hatim, al-Nasa-’-i, al-Dhahab-i dan Ibn H.ajar. Abu- Salih. Abd al-Ghafu-r al-Wa-sit.-i, menurut al-Bukha-r-i mereka meninggalkannya dan hadithnya munkar (تركوه وهو منكر الحديث). Ibn A’diy berkata: Dia dhoe’f dan hadithnya munkar (ضعيف منكر الحديث). Al-Nasa’i berpendapat dia متروك الحديث. Ibn H.ibba-n pula menyatakan bahawa dia meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi thiqah(كان يروي الموضوعات عن الثقات). Al-Bayhaq-i yang meriwayatkan hadith ini hanya mengatakan bahawa sanadnya dhoe’f, akan tetapi Ibn H.ajar yang kemudian diikuti oleh al-Kannani menghukumkannya dengan palsu. (al-Bayhaqi-. Abu Bakar Ahmad Bin al-Husayn Bin A’li al-Naisaburi. 1990. Fadh.a-’il al-awqa-t. Maktabah al-Manarah Makkah.; al-Haythami-. Nur al-Din Ali Bin Abi Bakar. 1982. Majma’ al-zawa-’id. Dar al-Kutub al-A’rabi Bairut; Ibn H.ajar. Tabyi-n al-a’jab; Al-Kannani. Tanzi-h al-shari-a’h; al-Dhahabi-Muhammad Bin Ahmad Bin Uthman. T. Tarikh. Mi-za-n al-I’tida-l. Dar Ihya’ al-Kutub al-A’rabi Mesir; Ibn H.ibba-n. Muhammad Bin Hibban Bin Abi Hatim al-Busti. 1975. al-Majru-h.i-n minal-Muhaddithin wa al-dhua’fa’ wa al-matrukin. Dar al-Wa’yi Halab.
Disediakan oleh:
Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin
Sekretariat MUIS
(majlis ulama isma)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
believe it and you'll be happy forever
Followers
O Allah, please show them the truth
From those, too, who call themselves Christians, We did take a Convenant, but they forgot a good part of the messege that was sent them; so We estranged them, with enmity and hatred between the one of the other, to the Day of Judgement. And soon will Allah show them what is they have done.
0 Responses to “hadis2 palsu bulan Ramadhan”
Post a Comment