Monday, June 27, 2011

sketsa abang pam minyak

Monday, June 27, 2011 by nizamuddinpardan · 0


episod: berborak dengan pakcik driver lori minyak


  • pakcik orang mana?
  • aku orang simpang ampat, rumah kat bukit rambai
  • oh..
  • ko lama dah kerja sini?
  • baru seminggu cik..part time je..cuti semester takde ape nak buat kat rumah
  • ooo, bagus le..kerja cari pengalaman, duit pun dapat, ye dak?
  • ehee...pakcik kenal dengan haji muhammad ni? (tauke pam minyak tempat aku kerja).dia ada pantang apa-apa? mane tau kan, saya kerja bawah dia takut buat silap
  • lama dah kenal dia..dia dengan driver lori minyak semua ok..sporting..tak tau la dengan pekerja haha
  • oh ye ke
  • haah, nama pun HAJI, mesti baik kan?
  • ye ye..emm,pakcik da naik haji?
  • belum lagi..tapi da ade tabung haji la..dalam tu baru RM70..
  • oh hehe..ni jam susah dapat giliran pakcik, mak saya cakap kalau daftar muassasah ni tahun, lagi 20 tahun baru dapat naik haji cik..
  • haah tu le, ni tengah kumpul duit.haha..tapi yang umur lanjut diorang bagi kuota jalan dulu
  • haha, tu le, parents saya pun baru balik haji tahun ni cik, seronok dengar cerita2 diorang. ayah saya cerita masa kat mekah, kan tak boleh pakai ubat ketiak, masing2 bau ketiak naik cik hehe..bapak saya cenggini je dongak kepala
  • haha tu la naik haji kita jalan je, buat dek benda2 macam tu..haik haji ibadah kan, susah senang itu lah kena lalu
  • betul2..tapi tu lah, ni jam baik daftar muassasah awal cik. kalau pakai pakej lain, sekejap je dapat giliran..
  • emm..pakcik pun sebenarnya duit tabung haji banyak da keluau..anak pakcik eksiden isteri pakcik yang bawak, anak pakcik patah kaki, hati dia rosak, masuk hospital pantai..,
  • oh ye ke cik (sayu..rasa bersalah..)
  • haah, takut pendarahan kepala, masuk hospital terdekat..hospital pantai..
  • oh
  • (diam 1 minit)
  • isteri pakcik macam mana?
  • dia pun patah kaki juga.. anak pakcik tu dah 3 bulan patah kaki dah baik, main bola patah balik kaki dia. 2 kali patah
  • oh..
(dalam hati, kalaulah saya dapat hulur-hulur sikit ke pakcik ni ringankan beban dia..)

Sunday, June 26, 2011

kata-kata terbaik dari ustaz farid ravi abdullah

Sunday, June 26, 2011 by nizamuddinpardan · 0

assalamualaikum..semalam 26 jun 2011 al-fadhil ustaz farid ravi bin abdullah (pendakwah malaysia yang masuk islam ketika berumur 18 tahun) datang ke tempat saya menyampaikan ceramah sempena isra mi'raj. beliau (alhamdulillah) berjaya memikat hati kami kepada isi ceramah beliau. dibawah adalah 'best quotes' beliau..(err, saya just taip balik isi ceramah beliau ikut memori saya, jadi di bawah ini adalah isi ceramah beliau)..
  1. Memahami penolakan peristiwa isra mi’raj oleh orang kafir dapat dianalogikan seperti seekor semut yang masuk ke dalam songkok saya, kemudian saya pakai songkok itu dan pergi ke Singapura untuk menyampaikan ceramah dalam beberapa jemputan. Semut tersebut atas songkok yang saya pakai dapat melihat kehebatan Changi Airport, KLIA, kokpit kapal terbang dan semua tempat yang saya pergi. Apabila saya pulang ke rumah dan meletakkan songkok tersebut di atas rak buku saya, semut itu keluar lalu bercerita kepada semut-semut lain. Sudah tentu ada semut yang mentertawakan cerita semut tadi sebab mereka tak Nampak apa yang semut itu nampak. Macam itulah kita manusia yang tak dapat lihat benda-benda yang Nabi dapat lihat.
  2. 'Kenapa ayat ini ()al-israa ayat 1) dimulakan dengan ‘subhanallazi’ (Maha Suci Dia)? Sebab dengan kekuasaan Allah yang Maha Suci dari kelemahanlah yang membawa Nabi S.A.W. bergerak dalam isra dan mi’raj.'
  3. 'Kita dapat lihat bagaimana orang melayu Islam tak dapat bersatu pun walaupun dalam melibatkan aqidah. Isu Kalimah Allah yang mahu digunakan dalam sebuah penerbitan majalah gereja, pun dibuat sambil lewa semata-mata kerana mahukan sokongan bukan Islam. Majalah tersebut dikeluarkan dalam 4 bahasa (Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil). Hanya keluaran bahasa melayu yang ingin diletakkan kalimah Allah menggantikan perkataan Tuhan. Sedangkan perkataan Tuhan digunakan dalam bahasa mandarin dan Tamil apabila diterjemah. Kalau betul mereka jujur ikhlas mahukan kalimah Allah untuk menyelaraskan dengan bahasa Indonesia, kenapa Kalimah Allah tidak dimohon untuk digunakan dalam keempat-empat edisi bahasa? Tengok macam mana perancangan rapi mereka yang tidak beriman, musuh-musuh Islam.'
  4. 'Saya kecewa bila ada pemimpin muslim kita sebut ‘semua agama sama’ semasa berucap di London. Samakah Kristian dengan Islam, Tuan-tuan? Samakah Buddha dengan Islam? Hindu dengan Islam. Sampai sudah TAK SAMA. Al-Islamu yaklu wa la yu’la alaih. Islam itu tinggi dan tidak ada (agama) yang lebih tinggi darinya. Sanggupkah Kalimah Allah yang Maha Satu dibawa ke gereja dan jadi TIGA Tuhan?'
  5. 'Saya dan rakan-rakan dalam PERKIM wilayah persekutuan berhempas pulas pening kepala berusaha menyelamatkan aqidah saudara-saudara baru yang ingin murtad. Tuan-tuan duduk rileks sahaja!! '
  6. Saya memang akui perlaksanaan Islam di Malaysia belum sempurna. Memang belum sempurna. Tapi dari masa ke masa ada peningkatan. Saya AJK Tilawah peringkat kebangsaaan, saya ada tonton arkib Tilawah selepas merdeka. Qariah pakai skaf nampak jambul! Sekarang tak, kita Nampak peningkatan. Itu ialah kesan, bila makin ramai orang kita pergi belajar ke Mesir, Jordan, balik betulkan masyarakat, sampaikan ilmu. Perubahan bukannya kun fayakun, petik jari sekejap sahaja. Ia tanggungjawab amanah yang Allah beri pada kita, memerlukan usaha kita, khalifah Allah ini, saya, tuan-tuan semua!
  7. Cukup surah al-ikhlas jadi bukti Kalimah Allah TAK SAMA dengan ‘Tuhan-tuhan’ agama lain. ‘katakanlah dialah Allah yang maha Satu. Allah tuhan yang bergantung padanya segala sesuatu. DIA TIDAK BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKKAN. Dan TIADA SESUATUPUN YANG SERUPA DENGANNYA.’ Surah ni anak-anak kita pun hafal,tuan-tuan!
  8. Berapa orang melayu dalam Malaysia? 50% sahaja! Campur cina muslim, india muslim, sikh muslim, orang asli muslim, 56% tuan-tuan. Nak buat apa 56% tuan-tuan? Itupun pecah tiga sekarang! Selama 23 tahun Nabi Muhammad berdakwah, orang islam dari kosong menjadi 90 000 orang beriman yang ikut mengerjakan haji 23 tahun selepas kerasulan Nabi. Kita selepas 50 tahun merdeka, angka 56% itu meningkat ke? Kita tak buat dakwah, tuan-tuan!
  9. Perlembagaan persekutuan sebut: orang Melayu adalah orang yang ‘beragama Islam, berbahasa melayu, dan mengamalkan cara hidup orang melayu’. Nak ikutkan , saya ni orang melayu, saya lebih fasih berbahasa melayu dari tuan-tuan, peti sejuk rumah saya belacan, tempoyak, ikan kering, ikan bilis semua ada. Tapi saya India Muslim. Islam yang menyatukan kita.
  10. Ada orang marah saya, ‘apa ni ustaz, balik-balik melayu, balik-balik melayu!’ saya jawab, ‘anda takda sebab marah saya, saya bukan melayu pun! Yang saya mahu, orang melayu BERSATU. Orang bukan islam berpesta perhatikan orang melayu islam bercakaran.’
  11. Lengkaplah peristiwa isra mi’raj kalau nak terangkan rukun iman. Beriman kepada Allah: percaya Allah dengan kehebatannya memperjalankan Nabi dari masjidilharam, masjidil aqsa sampai ke sidratul muntaha. Beriman kepada rasul: percaya Nabi Muhammad melalui peristiwa tersebut. Beriman kepada malaikat: percaya Jibril menemani nabi dalam peristiwa itu. Beriman kepada kitab: isra mi’raj tercatat dalam al-Qur’an dan Hadis. Beriman kepada hari kiamat: percaya macam-macam benda yang dilihat nabi. Beriman kepada qada dan qadar: dunia yang diperlihatkan kepada nabi menyerupai perempuan tua bongkok, balasan-balasan setelah mati yang nabi lihat. Itu semua terkandung dalam rukun iman yang 6.
  12. Rebut jawatan?! Sedangkan tanggungjawab nanti Allah tanya. Orang selalu calonkan saya jadi ahli jawatankuasa itu ini, sebab apa tuan-tuan? Sebab glamor. Lepastu adalah yang menyokong. Hei, ingat saya laratke, kita ni sibuk takut tak larat jalan tugas. Tapi ada ramai yang suka kumpul jawatan, tapi tak buat kerja.
  13. Beri anak isteri makan makanan halal, tuan-tuan. Itu proses pembersihan jiwa! Kita nak jumpa orang, kena pakai pakaian bersih, nak jumpa Allah kena luar bersih, dalam pun bersih! Kenapa hati nabi dikeluarkan dan dibilas dengan air zam-zam? Sebab nak dibersihkan dari segala gangguan syaitan sebelum bertemu Allah. Allah tak mahu jumpa orang dengan hati kotor, ye cik jenab, cik mat..
  14. Saya masuk islam umur 18 tahun. Tahun 1990. Bila saya masuk islam, makcik-makcik di kampung cakap ‘bagusnya ravi dah masuk Melayu..’ takkan saya nak syarah makcik tu saya masuk Islam, bukan masuk melayu. Nanti lama-lama dia betulkanlah sendiri. Nampak tak disini Islam dan melayu tak dapat dipisahkan!
  15. Negara kita berdaulat! Ada raja yang mengawal, ada perlembagaan dan sebagainya yang mengangkat Islam sebagai agama persekutuan. Kenapa ada orang melayu islam yang senang-senang ambil mudah isu kepentingan islam demi kepentingan peribadi?

Sunday, May 15, 2011

Noktah-noktah penting 62 tahun Nakbah Palestin

Sunday, May 15, 2011 by nizamuddinpardan · 0

oleh Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin


Apa itu Nakbah?

NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengisytiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Apa kesan awal utama Nakbah ?

Nakbah menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa.
Lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (800 ribu orang daripada 1.4 juta) diusir ke luar negara dan 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Di manakah testimoni Nakbah?

Terlalu ramai dan banyak…..

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,

“Saya melihat seorang tentera pengganas Zionis memegang saudara saya, Saliha al-Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Pengganas Zionis tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.



Apakah realitinya setelah 62 tahun Nakbah?

1. Penjajahan dan penindasan yang berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih daripada 90% dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehinggalebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.

3. Sekatan ekonomi yang dirancang kemas sehingga orang-orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

4. Anak-anak Palestin yang telah dinafikan hak untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

5. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara yang terbesar di dunia.

6. Seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun yang lalu. Inilah kes pelarian yang paling lama dan perit di dalam sejarah peradaban dunia.

7. Pembunuhan dan penyiksaan yang berterusan terutamanya di Gaza yang merupakan krisis kemanusiaan terhebat di abad ini.

8. Peningkatan serangan ke atas al-Quds oleh ekstremis Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al-Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al-Aqsa.

Apakah rancangan jangkamasa panjang mereka?

PengYahudian Baitul Maqdis dan pembinaan Kuil Yahudi ‘The Solomon Temple‘.
Pembinaan Israel Raya atau ’The Greater Israel’.
Menguasai dunia antarabangsa keseluruhannya.
Apakah mereka akan berjaya di dalam cita-cita ini?

Tidak!

Apakah bukti-bukti kegagalan mereka ?

1. Kegagalan mereka untuk membina ‘The Greater Israel’ walaupun setelah sekian lama mereka menjajah Palestin.

2. Gaza kembali ke tangan Palestin dan Golan Height pula ke tangan Syria.

3. Intifadhah menyebabkan merudumnya ekonomi Israel dan hilangnya ’rasa selamat’ di kalangan orang-orang Israel.

4. Penghijrahan lebih 700 ribu orang-orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara-negara Barat sejak tahun 2000 lagi.

5. Generasi muda Yahudi mereka tidak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis.

6. Gagalnya regim Zionis dengan sokongan penduduk seramai 5 juta orang dan Amerika sekutunya untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai seramai 1.5 juta penduduk.

7. Perjuangan umat Islam yang semakin kuat dan mendapat tempat di kalangan oarng-orang Palestin, bangsa Arab dan umat Islam di seantero dunia.

8. Dan tentunya disebabkan janji-janji Allah dan Rasulullah s.a.w.



Apakah cara terbaik untuk memenangi kembali Palestin dan al-Aqsa?

Tidak boleh tidak, kita mesti mencontohi perjuangan generasi silam seumpama mencontohi kejayaan generasi Solahuddin al-Ayyubi dengan…

1. Menjadikan matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah Allah swt.

2. Membina generasi yang bertaqwa kepada Allah dan memelihara diri daripada maksiat.

3. Membuat persediaan perjuangan yang sempurna dan amat mengambil berat terhadap isu pembebasan Al-Aqsa

4. Menyatukan kekuatan umat di bawah sistem yang satu.

5. Menjadikan isu pembebasan Al-Quds sebagai isu Aqidah dan isu umat Islam.

Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran:

“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman.” (Surah Ali Imran: 139)

Semoga kita bertemu di Baitul Maqdis.


Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin
LRCP & SI (NUI), MBBCh, BAO (RCSI ‘92)
DRCOG (UK), MRCOG (UK), AM (Mal)
Head Dept of Obstetric & Gynaecology
Deputy Dean
International Medical University
Consultant Obstetrician & Gynaecologist
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
* Beliau juga adalah merupakan Perunding Aman Palestin dan YDP ISMA Cawangan Seremban

Thursday, March 31, 2011

kelicap dan hujan gerimis

Thursday, March 31, 2011 by nizamuddinpardan · 1


Pagi yang cerah. Angin sepoi-sepoi bahasa. Suria memancarkan sinar. Langit teramat bersih menampakkan bintang-bintang. Titis air menyentuh dedaun dan bumi. Hujan renyai.

Hujan gerimis
Masih belum berhenti
Tiada dapat ku pulang
Terasa ingin ku tatap wajah
Membelai manja
Agar hilang lelah dan resah

Dua ekor kelicap yang cantik hinggap di sebatang ranting mawar.

‘Cip, cip, cip. Salam atasmu. Siapa namamu saudari?’ Kelicap pertama berbasa-basi.

Kelicap kedua melompat-lompat.

‘Salam atasmu. Namaku masshaz. Kita dari Kuala Lumpur. Namamu?’

Kelicap pertama turut melompat-lompat. Bergoyang-goyang pokok mawar itu dibuatnya.

‘Namaku marinah. Gembira berjumpamu, mas. Kita dari kuala Lumpur juga. ‘

Hujan gerimis semakin gerimis gerimisnya.

Hujan gerimis
Yang akan menemani
Perjalananku pulang
Tiada dapat lagi ku tunggu
Terasa rindu
Untuk bersua denganmu

‘cip, cip, cip. Kita baru pulang dari shah alam. Kelihatan suasana manusia harmoni sungguh. ‘

‘Cip, cip, cip.kita juga pernah ke sana sepurnama lalu. Apa khabarnya? Ce cite ce cite.’ Kelicap marinah meniru cerita hantu kak Limah.

‘Kita melihat 2 orang gadis sedang mengelap tingkap bilik kolej. Cik maryam dan cik adilah namanya. . kita juga dijamu madu tualang oleh 2 orang gadis sebilik. Nama mereka cik nashiha dan cik azimah. Cip, cip, cip.’

‘Oh sungguh mulia hati mereka. Kita pula terjumpa sekumpulan teruna sedang belajar membengkok-bengkokkan wayar. Kata mereka, mahu buat R.A. Nama mereka syazwan, nizam dan shah. Cip,cip,cip.’

‘Aneka ragam manusia di situ ya. Marinah, mari kita santap madu bunga itu.’

Cip,cip,cip. Marilah.

Ini bukan satu ilusi
Hanya kasih yang abadi
Hadirmu bawa cahaya
Tersenyum gembira
Anugerah yang Maha Esa

Kelicap-kelicap yang baru bersahabat ini riang menikmati madu sambil bertasbih memuji Allah. Tiba-tiba seekor burung merpati jatuh ke tanah.

Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Merbahaya

Mereka segera mendapatkan merpati yang sedang tergeliat kesakitan itu.

‘tolong kita, nama kita mastura. Kita cedera parah.’

Kelicap-kelicap itu terkejut melihat darah merah membasahi kepak merpati itu. Mereka terus pengsan

Dunia gelap seketika.

PRINSIP FIQH PERUBATAN

by nizamuddinpardan · 0


Bekal untuk yang akan bertebaran di dunia realiti
Ada 10 prinsip terpenting Fiqh Perubatan yang menerangi perjalanan pengamal perubatan dan pergigian Muslim:

1. Setiap sesuatu berdasarkan niat
2. Keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan
3. Kesukaran mendatangkan kesenangan
4. Kemudaratan dihapuskan
5. Adat dijadikan hukum
6. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dangan kemudaratan
7. Kemudaratan lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan
8. Menolak kerosakan diutamakan dari mengambil kebaikan
9. Kemudaratan dibendung dengan kadar yang dapat
10. Yang wajib tidak boleh ditinggalkan melainkan kerana wajib

Sunday, March 27, 2011

Cerpen: JIA

Sunday, March 27, 2011 by nizamuddinpardan · 0

‘Jia, tolong papa ambil kunci bot. Salam papa.’

Jia mengeluh.

‘Ala, baru nak ajak papa lawan dam, papa dah nak turun tangkap ikan. Jia balik UiTM esok petang.’

Jia muncungkan bibir buat-buat merajuk. Papa senyum. Mama cium tangan papa.

‘Okay, petang ni kita lawan. Ajak mira sekali.’

Jia bingkas masuk ke rumah, tempat letak kunci. Hati jia melonjak-lonjak riang pagi ini, dapat rehat-rehat di rumah setelah pulun setengah sem sejak masuk clinical year. Letih pun ada, tapi seronok.

‘Papa, kirim salam pada Wak Judin Jaidi, cakap Jia suruh tiup lampu warung bibik Ros sampai padam. Jangan suruh Jia tiup.’ Papa ketawa. Mata jia menyoroti langkah papa ke laut mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga.

Papa memang simple. Pagi menebar jala di laut dalam, petang bersantai di gazebo depan rumah dengan mama, tolong mama kupas bawang. Kadang-kadang papa dan mama sama-sama menyanyi lagu jawa, Jia tukang gelak, kecebur-kecebur bunyinya tapi jia tak faham. Dulu-dulu Jia dan Mira selalu juga tolong pijak-pijak belakang badan papa bila papa lenguh-lenguh.

Papa pun kelakar. Papa selalu usik mama. Papa korek hidung mengajuk mama depan kami. Sakit perut kami ketawa. Mama tak mengaku, mama muncung bibir, papa pujuk balik. Papa pun selalu senget-sengetkan bibir mengajuk mama kena facial palsy bila doktor gigi poliklinik Mersing salah inject LA bila mama nak cabut 46. Mama cubit pipi papa kuat-kuat, papa cepat-cepat lari. Tapi mama pun sama juga, sejak jadi isteri papa, mama berubah jadi penyakat macam papa. Papa pun pernah kejar mama sebab mama bawa lari seluar pendek papa bila papa nak mandi buat basahan. Tapi papa sayang mama, papa sebut mama susah nak cari.

Sesimple-simple papa, papa memang sanggup bersusah-payah demi masa depan kami adik beradik. Papa sanggup naik motor dari mersing ke shah alam semata-mata sebab nak hantar bur set Jia yang tertinggal di rumah masa Jia year 2. Jia terharu sangat, papa macam faham esok harinya Jia ada competency site 2 size 4 dan semua orang gunakan bur set masing-masing, tak boleh nak pinjam-pinjam. Papa pesan Jia jangan cuai-cuai, nanti jadi doctor gigi tak boleh main cuai-cuai. Jia minta maaf, jia cakap jia kelam kabut packing barang, terlupa nak masukkan bur set dalam beg. Jia nak poyo dengan mira je sebenarnya, sebab tu bawa balik bur set. Tengok tuhan dah balas. Papa cakap tak mengapa, papa biasa naik motor jauh-jauh. Papa pun pernah patah balik ke Kuala Kubu Baharu dengan motor semata-mata sebab mama tertinggal purse di tandas awam.Berjurai-jurai air mata mama bila papa beri purse tu ke tangan mama.

Jia stress belajar. Minggu depan hari isnin ada endo project, hari selasa ada PBL, hari rabu tutorial OP tak siap lagi, hari khamis seminar prof ghassan, jumaat pula laoshi buat test mendengar. Hari sabtu pula ada seminar multilayering. Hari ahad kena ikut naik Bukit Broga pula. Patient perio Jia kurang compliance, patient peads Jia lagi haru-biru sampai basah tudung bawal Jia disembur dengan air dental chair. Bila letak suction dalam mulut, budak ni sedut-sedut suction macam minum air guna straw. Nakal betul sampai bergoyang-goyang dental chair. Aduh jia tak reti layan budak-budak, Jia mana ada adik. Tahun lepas Jia kena borderline viva, Jia menangis-nangis dalam telefon. Mama beri semangat, papa pun mahu Jia jawab soalan dengan yakin lepas selawat atas nabi. Tapi sem lepas Jia dapat A dalam subjek OP lepas amalkan selawat dan study larut-larut malam, jia senyum 2 minggu.

Satu benda yang papa marah, bila kami adik beradik bangun lambat. Lagi satu papa cepat-cepat tegur kalau Jia lambat-lambatkan solat. Tapi bab bilik berselerak, mama yang marah. Papa geleng kepala saja. Bila study week 2 minggu, jia kunci pintu bilik saja sebab bilik tengah teruk bersepah dengan notes. Kepala tengah serabut, mana ada masa nak susun-susun. Masalahnya Mira yang bising, katanya nak lalu pun susah. Jia jawab jangan bising-bising nanti lambat kahwin, nak jadi doctor gigi bukannya senang.

Papa selalu pesan, dalam hidup, tak semua yang kita impikan akan jad milik kita. Dan banyak perkara yang kita tak minat, sebenarnya itulah yang penting untuk kita. Papa tak suka anak-anaknya putus harap, lebih-lebih lagi dengan Allah. Papa ada sebut, biarlah bibir kering sebab istighfar, jangan bibir mengelupas sebab mogok lapar sebab putus asa. Sampai sekarang, kalau Jia jumpa patient bibirnya kering, Jia terfikir mesti orang itu istighfar beribu-ribu kali sehari, jadi Jia nasihatkan dia minum 8 gelas air sehari.

Esok tiket balik Jia pukul 2.30 petang. Jia simpan dalam purse. Jia ingat-ingat balik syarahan prof Nora…principles of orah health promotion, Alma Ata 1978, Ottawa Charter 1986. Terbalik-terbalik Jia sebut. Eh, Ottawa charter ke, atau Otago Charter? Eh, Dr Nik dengan Dr Erni yang belajar di Otago. Alamak, minggu depan competency suturing technique. Matron K pula nak jumpa Jia sebab Jia buang clinical waste dalam dustbin biasa. Jia pening kepala, terus ke dapur minum air sirap sambil duduk. 2 kali teguk, hp berbunyi. Kak Huda minta patient single canal nak buat competency. Dia cakap kak shark, kak Naza, kak Dayah dan kak Yan nak juga. Jia balas, Insya Allah, tapi jia beritahu jia kena dulukan Kakcik dan kak Flor sebab mereka minta dulu. Jia memang supplier, sebab jia memang baik dengan jemaah muslimat surau padang jawa. Jia dengan kak mel, kadang kadang dengan kak Bel selalu cari patient di padang jawa, lubuk besar. Kami ada skuad ‘patient hunter’; dengan biro-biro underground khas. Biro flyers- kak nad & kak didi, biro sharing is caring-kak ain & kak shu, biro duit minyak motor/tambang teksi-kak ara & kak ika. Biro tugas khas, abang pijo dan kak yus. Jia junior, macam mana termasuk dalam skuad ni pun Jia kurang faham. Mungkin sebab Jia peramah. Tukang borong patient selalunya abang shah, abang as dan abang aiman. Yang seronoknya mereka selalu belanja skuad makan nasi lemak Jati ayam goreng, kira oklah tu.

Papa pernah cerita, papa pernah kena lempang dengan wawa masa budak-budak dulu sebab melepak dengan geng ‘skoling’. Jia tak faham, papa cakap geng ini budak-budak tiada hala tuju dalam kampong. Geng-geng Gedebe. Dislocate TMJ papa. Nenek bawa papa jumpa ustaz Yazid. Lepas ustaz urut pipi papa, ustaz tekan rahang papa kebawah kemudian tolak ke belakang dan angkat rahang papa, macam mendulang timah. Alhamdulillah papa kembali normal. Nenek cepat-cepat bawa balik papa, nenek cakap malam-malam tak elok ganggu ustaz Yazid, sebab ustaz baru nikah. Bilal Anas Halim nasihat wawa jangan terlalu berkasar didik anak, mestilah ikut cara nabi didik sayyidatina Fatimah. Papa terus jadi orang baik-baik sampai kena puji dengan Siak Sauban. Pakcik hilmi Aripin pun selalu suruh papa jadi imam solat di surau. Papa kata papa bersyukur sebab kena pelempanglah menyedarkan papa supaya jadi manusia. Tapi harganya papa selalu jadi bahan gurau pak Jabit dan abang K di warung Bibik Ros. Papa tak kisah, papa pun suka suasana ceria.

Jia sms Sarah suruh tunggu Jia esok di stesen bas seksyen17. Lepas tu nak makan pau kacang gerai abang Ejat. Sarah selalunya belikan sekali pau kaya untuk abang kandungnya, abang Azhan. Abang Azhan memang lab technician yang baik, kadang-kadang waxing up complete denture Jia pun dia yang siapkan, Jia seronok bergosip dengan budak-budak year 3 dan year 4 dalam prostho lab. Sarah pun sangat baik, redup saja suara dan tingkahnya. Sarah selalu kejutkan Jia solat subuh sebab Sarah selalu tahajud sebelum azan subuh. Kasihan Sarah kena kejutkan Jia, sebab speaker Pusat Islam yang tak sampai 100 meter dari kolej Jia pun tak mampu membangunkan Jia. Jia pun selalu paw coklat Tasneem Strawberry kegemaran Sarah. Sarah style, kalau Jia tidur mati, Sarah buat suara Mak Limah nyanyi lagu enjit-enjit semut betul-betul tepi telinga Jia, lepas itu geletek tapak kaki Jia. Selalunya usaha keras Sarah berjaya.

Jia teringat yang Jia kena peram ikan-ikan untuk BBQ malam ini. Papa setiap 2 minggu akan buat BBQ dan tazkirah di rumah untuk anak-anak angkat papa. Ramai anak-anak angkat papa, sampai 2 dulang ikan setiap kali jamuan BBQ. Yang Jia tahu, semua anak-anak angkat papa suatu masa dulu adalah anak-anak muda kampung yang tiada hala tuju hidup, samseng, melepak dan bergaul bebas antara bukan mahram. Papalah orang yang mendekati mereka dan menyentuh hati-hati mereka. JKKK kampung, malah seluruh penduduk kampung Pisang sangat bersyukur setelah kami sekeluarga berpindah ke kampung pisang 10 tahu lalu. Jia sendiri ramai kakak-kakak angkat yang juga anak-anak angkat papa. Dalam hati, Jia bersyukur mempunyai keluarga yang stabil, cantik dan bersih. Jia tersenyum sambil tangan Jia sibuk menyiang ikan.

Keesokan petang, papa dan mama hantar Jia ke stesen Bas Mersing. Papa pesan Jia supaya jaga amanah dan hak Papa, bila papa lepaskan Jia ke shah alam. Jia faham, maknanya Jia mesti belajar sungguh-sungguh, buat yang terbaik, harumkan nama fakulti macam abang wan dan abang sauban yang menang pertandingan research peringkat kebangsaan, jaga tingkah laku, pakaian dan pergaulan, jaga nama baik keluarga dan selalu buat baik untuk tambah pahala mama dan papa. Jia tak mahu terlibat dalam dosa-dosa yang selalu dilakukan anak-anak muda bila sambung belajar di shah alam. Papa pun cakap, kalau ada budak lelaki tersuka dengan Jia, papa kahwinkan terus, senang. Jia pun bangga dapat jadi pelajar satu-satunya Fakulti Pergigian dalam dunia yang dikhaskan untuk melayu muslim dan bumiputera. Jia tak mahu diri Jia sebagai salah satu batu bata umat ini, rosak dan melemahkan bangunan umat.

Jia pun cakap dengan papa, papa mesti beri hak Jia. Papa dah janji belikan Jia scooter untuk Jia ke fakulti. Jia penat jalan kaki panjat tangga FSKM. Papa dan mama ketawa. Jia janji dengan mama dan papa yang Jia akan graduate sebagai seorang doctor gigi bertauliah, jadi orang hebat macam Prof dr Ibrahim Abu Hassan.

Jia pergi dulu mama, papa. Doakan Jia.

"…….Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka keduanya sebagaimana keduanya memeliharaku dengan penuh kasih sayang waktu kecilku". Al-Isra’:24

Friday, January 7, 2011

hilang kebenaran di sebalik dua sikap: ekstrim dan terlalu ambil mudah

Friday, January 7, 2011 by nizamuddinpardan · 0


dipetik dari tulisan Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi (nyanyian dan muzik menurut perspektif al-Quran dan as-Sunnah, pustaka salam)

Ada orang beranggapan bahawa umat islam adalah satu masyarakat yang penuh dengan amal ibadat dan sentiasa serius. Mereka tidak mempunyai ruang untuk berseronok, bermain, bersukaria, bersenda gurau, atau menyanyi menghiburkan hati. Seolah-olah bibir tidak boleh mengukir senyuman, tidak boleh tersengih ketawa menampakkan gigi, hati tidak boleh berseronok gembira dan manusia tidak boleh menunjukkan wajah yang ceria!!

Gambaran sebegini, mungkin disebabkan oleh tindak tanduk segelintir manusia yang (kononnya) berpegang kuat dengan agama. Apabila kamu melihat mereka, kamu akan dapati wajah mereka masam mencuka, dahi berkerut dan mereka kelihatan begitu bengis. Mungkin mereka ini sememangnya orang yang bertabiat kasar atau yang sudah putus asa atau gagal atau mengalami bermacam-macam konflik jiwa. Tetapi mereka telah mewajarkan sikap sedemikian atas nama agama, iaitu dengan menjadikan tabiat buruk yang pelik, asing, dan kotor itu sebagai suruhan agama, sedangkan agama bersih daripada dakwaan itu. Apa yang berlku sebenarnya adalah salah faham mereka sendiri terhadap ajaran islam dan sikap mereka yang hanya menerima sebahagian daripada nas dan dalil sahaja.

Mereka boleh saja bersikap keras seperti itu untuk diri mereka sendiri, jika mereka yakin dengan perdapat tersebut. Tetapi masalahnya disini ialah mereka telah memaksa dan mewajibkan pegangan yang keras itu (mengharaman hiburan secara mutlak) supaya diterima pakai oleh seluruh anggota masyarakat. Sedangkan perkara yang dipaksa supaya ditinggalkan itu telah menjadi Umumul Balwa. Bahkan ia menyentuh kehidupan seluruh umat manusia sama ada mereka bertamadun atau tidak, di pedalaman atau Bandar, utara, selatan, timur atau barat.

Disatu pihak yang lain pula, terdapat golongan yang membiarkan nafsu bermaharajalela dan menjadikan kehidupan ini seluruhnya sebagai pentas untuk berhibur dan berseronok. Mereka meruntuhkan semua tembok yang memisahkan di antara yang dibenarkan dengan yang dilarang atau di antara perkara yang diwajibkan dengan yang ditegah, atau diantara perkara yang halal dengan yang haram.
Kamu lihat mereka sentiasa menjurus ke arah keruntuhan akhlak. Mereka mempromosi kebebasan tanpa batas dan mereka menyebarluaskan perbuatan maksiat sama ada yang nyata atau tersembunyi. Semua itu dilakukan atas nama seni atau hiburan. Mereka lupa bahawa sesuatu perkara itu adalah dilihat dan dinilai dari aspek intipati dan kandungannya, bukan berdasarkan jenama dan label luaran. Segala perkara dan urusan (sama ada baik atau buruk) adalah bergantung kepada tujuannya.

believe it and you'll be happy forever

Followers

O Allah, please show them the truth

From those, too, who call themselves Christians, We did take a Convenant, but they forgot a good part of the messege that was sent them; so We estranged them, with enmity and hatred between the one of the other, to the Day of Judgement. And soon will Allah show them what is they have done.

My Blog List