Thursday, March 31, 2011
Pagi yang cerah. Angin sepoi-sepoi bahasa. Suria memancarkan sinar. Langit teramat bersih menampakkan bintang-bintang. Titis air menyentuh dedaun dan bumi. Hujan renyai. Hujan gerimis ‘Cip, cip, cip. Salam atasmu. Siapa namamu saudari?’ Kelicap pertama berbasa-basi. Kelicap kedua melompat-lompat. ‘Salam atasmu. Namaku masshaz. Kita dari Kuala Lumpur. Namamu?’ Kelicap pertama turut melompat-lompat. Bergoyang-goyang pokok mawar itu dibuatnya. ‘Namaku marinah. Gembira berjumpamu, mas. Kita dari kuala Lumpur juga. ‘ Hujan gerimis semakin gerimis gerimisnya. Hujan gerimis ‘cip, cip, cip. Kita baru pulang dari shah alam. Kelihatan suasana manusia harmoni sungguh. ‘ ‘Cip, cip, cip.kita juga pernah ke sana sepurnama lalu. Apa khabarnya? Ce cite ce cite.’ Kelicap marinah meniru cerita hantu kak Limah. ‘Kita melihat 2 orang gadis sedang mengelap tingkap bilik kolej. Cik maryam dan cik adilah namanya. . kita juga dijamu madu tualang oleh 2 orang gadis sebilik. Nama mereka cik nashiha dan cik azimah. Cip, cip, cip.’ ‘Oh sungguh mulia hati mereka. Kita pula terjumpa sekumpulan teruna sedang belajar membengkok-bengkokkan wayar. Kata mereka, mahu buat R.A. Nama mereka syazwan, nizam dan shah. Cip,cip,cip.’ ‘Aneka ragam manusia di situ ya. Marinah, mari kita santap madu bunga itu.’ Cip,cip,cip. Marilah. Ini bukan satu ilusi Kelicap-kelicap yang baru bersahabat ini riang menikmati madu sambil bertasbih memuji Allah. Tiba-tiba seekor burung merpati jatuh ke tanah. Kau umpama merpati putih Mereka segera mendapatkan merpati yang sedang tergeliat kesakitan itu. ‘tolong kita, nama kita mastura. Kita cedera parah.’ Kelicap-kelicap itu terkejut melihat darah merah membasahi kepak merpati itu. Mereka terus pengsan Dunia gelap seketika.
Masih belum berhenti
Tiada dapat ku pulang
Terasa ingin ku tatap wajah
Membelai manja
Agar hilang lelah dan resah
Dua ekor kelicap yang cantik hinggap di sebatang ranting mawar.
Yang akan menemani
Perjalananku pulang
Tiada dapat lagi ku tunggu
Terasa rindu
Untuk bersua denganmu
Hanya kasih yang abadi
Hadirmu bawa cahaya
Tersenyum gembira
Anugerah yang Maha Esa
Patah sayapnya di udara
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Merbahaya

Bekal untuk yang akan bertebaran di dunia realiti
1. Setiap sesuatu berdasarkan niat
2. Keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan
3. Kesukaran mendatangkan kesenangan
4. Kemudaratan dihapuskan
5. Adat dijadikan hukum
6. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dangan kemudaratan
7. Kemudaratan lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan
8. Menolak kerosakan diutamakan dari mengambil kebaikan
9. Kemudaratan dibendung dengan kadar yang dapat
10. Yang wajib tidak boleh ditinggalkan melainkan kerana wajib
Sunday, March 27, 2011
‘Jia, tolong papa ambil kunci bot. Salam papa.’
Jia mengeluh.
‘Ala, baru nak ajak papa lawan dam, papa dah nak turun tangkap ikan. Jia balik UiTM esok petang.’
Jia muncungkan bibir buat-buat merajuk. Papa senyum. Mama cium tangan papa.
‘Okay, petang ni kita lawan. Ajak mira sekali.’
Jia bingkas masuk ke rumah, tempat letak kunci. Hati jia melonjak-lonjak riang pagi ini, dapat rehat-rehat di rumah setelah pulun setengah sem sejak masuk clinical year. Letih pun ada, tapi seronok.
‘Papa, kirim salam pada Wak Judin Jaidi, cakap Jia suruh tiup lampu warung bibik Ros sampai padam. Jangan suruh Jia tiup.’ Papa ketawa. Mata jia menyoroti langkah papa ke laut mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga.
Papa memang simple. Pagi menebar jala di laut dalam, petang bersantai di gazebo depan rumah dengan mama, tolong mama kupas bawang. Kadang-kadang papa dan mama sama-sama menyanyi lagu jawa, Jia tukang gelak, kecebur-kecebur bunyinya tapi jia tak faham. Dulu-dulu Jia dan Mira selalu juga tolong pijak-pijak belakang badan papa bila papa lenguh-lenguh.
Papa pun kelakar. Papa selalu usik mama. Papa korek hidung mengajuk mama depan kami. Sakit perut kami ketawa. Mama tak mengaku, mama muncung bibir, papa pujuk balik. Papa pun selalu senget-sengetkan bibir mengajuk mama kena facial palsy bila doktor gigi poliklinik Mersing salah inject LA bila mama nak cabut 46. Mama cubit pipi papa kuat-kuat, papa cepat-cepat lari. Tapi mama pun sama juga, sejak jadi isteri papa, mama berubah jadi penyakat macam papa. Papa pun pernah kejar mama sebab mama bawa lari seluar pendek papa bila papa nak mandi buat basahan. Tapi papa sayang mama, papa sebut mama susah nak cari.
Sesimple-simple papa, papa memang sanggup bersusah-payah demi masa depan kami adik beradik. Papa sanggup naik motor dari mersing ke shah alam semata-mata sebab nak hantar bur set Jia yang tertinggal di rumah masa Jia year 2. Jia terharu sangat, papa macam faham esok harinya Jia ada competency site 2 size 4 dan semua orang gunakan bur set masing-masing, tak boleh nak pinjam-pinjam. Papa pesan Jia jangan cuai-cuai, nanti jadi doctor gigi tak boleh main cuai-cuai. Jia minta maaf, jia cakap jia kelam kabut packing barang, terlupa nak masukkan bur set dalam beg. Jia nak poyo dengan mira je sebenarnya, sebab tu bawa balik bur set. Tengok tuhan dah balas. Papa cakap tak mengapa, papa biasa naik motor jauh-jauh. Papa pun pernah patah balik ke Kuala Kubu Baharu dengan motor semata-mata sebab mama tertinggal purse di tandas awam.Berjurai-jurai air mata mama bila papa beri purse tu ke tangan mama.
Jia stress belajar. Minggu depan hari isnin ada endo project, hari selasa ada PBL, hari rabu tutorial OP tak siap lagi, hari khamis seminar prof ghassan, jumaat pula laoshi buat test mendengar. Hari sabtu pula ada seminar multilayering. Hari ahad kena ikut naik Bukit Broga pula. Patient perio Jia kurang compliance, patient peads Jia lagi haru-biru sampai basah tudung bawal Jia disembur dengan air dental chair. Bila letak suction dalam mulut, budak ni sedut-sedut suction macam minum air guna straw. Nakal betul sampai bergoyang-goyang dental chair. Aduh jia tak reti layan budak-budak, Jia mana ada adik. Tahun lepas Jia kena borderline viva, Jia menangis-nangis dalam telefon. Mama beri semangat, papa pun mahu Jia jawab soalan dengan yakin lepas selawat atas nabi. Tapi sem lepas Jia dapat A dalam subjek OP lepas amalkan selawat dan study larut-larut malam, jia senyum 2 minggu.
Satu benda yang papa marah, bila kami adik beradik bangun lambat. Lagi satu papa cepat-cepat tegur kalau Jia lambat-lambatkan solat. Tapi bab bilik berselerak, mama yang marah. Papa geleng kepala saja. Bila study week 2 minggu, jia kunci pintu bilik saja sebab bilik tengah teruk bersepah dengan notes. Kepala tengah serabut, mana ada masa nak susun-susun. Masalahnya Mira yang bising, katanya nak lalu pun susah. Jia jawab jangan bising-bising nanti lambat kahwin, nak jadi doctor gigi bukannya senang.
Papa selalu pesan, dalam hidup, tak semua yang kita impikan akan jad milik kita. Dan banyak perkara yang kita tak minat, sebenarnya itulah yang penting untuk kita. Papa tak suka anak-anaknya putus harap, lebih-lebih lagi dengan Allah. Papa ada sebut, biarlah bibir kering sebab istighfar, jangan bibir mengelupas sebab mogok lapar sebab putus asa. Sampai sekarang, kalau Jia jumpa patient bibirnya kering, Jia terfikir mesti orang itu istighfar beribu-ribu kali sehari, jadi Jia nasihatkan dia minum 8 gelas air sehari.
Esok tiket balik Jia pukul 2.30 petang. Jia simpan dalam purse. Jia ingat-ingat balik syarahan prof Nora…principles of orah health promotion, Alma Ata 1978, Ottawa Charter 1986. Terbalik-terbalik Jia sebut. Eh, Ottawa charter ke, atau Otago Charter? Eh, Dr Nik dengan Dr Erni yang belajar di Otago. Alamak, minggu depan competency suturing technique. Matron K pula nak jumpa Jia sebab Jia buang clinical waste dalam dustbin biasa. Jia pening kepala, terus ke dapur minum air sirap sambil duduk. 2 kali teguk, hp berbunyi. Kak Huda minta patient single canal nak buat competency. Dia cakap kak shark, kak Naza, kak Dayah dan kak Yan nak juga. Jia balas, Insya Allah, tapi jia beritahu jia kena dulukan Kakcik dan kak Flor sebab mereka minta dulu. Jia memang supplier, sebab jia memang baik dengan jemaah muslimat surau padang jawa. Jia dengan kak mel, kadang kadang dengan kak Bel selalu cari patient di padang jawa, lubuk besar. Kami ada skuad ‘patient hunter’; dengan biro-biro underground khas. Biro flyers- kak nad & kak didi, biro sharing is caring-kak ain & kak shu, biro duit minyak motor/tambang teksi-kak ara & kak ika. Biro tugas khas, abang pijo dan kak yus. Jia junior, macam mana termasuk dalam skuad ni pun Jia kurang faham. Mungkin sebab Jia peramah. Tukang borong patient selalunya abang shah, abang as dan abang aiman. Yang seronoknya mereka selalu belanja skuad makan nasi lemak Jati ayam goreng, kira oklah tu.
Papa pernah cerita, papa pernah kena lempang dengan wawa masa budak-budak dulu sebab melepak dengan geng ‘skoling’. Jia tak faham, papa cakap geng ini budak-budak tiada hala tuju dalam kampong. Geng-geng Gedebe. Dislocate TMJ papa. Nenek bawa papa jumpa ustaz Yazid. Lepas ustaz urut pipi papa, ustaz tekan rahang papa kebawah kemudian tolak ke belakang dan angkat rahang papa, macam mendulang timah. Alhamdulillah papa kembali normal. Nenek cepat-cepat bawa balik papa, nenek cakap malam-malam tak elok ganggu ustaz Yazid, sebab ustaz baru nikah. Bilal Anas Halim nasihat wawa jangan terlalu berkasar didik anak, mestilah ikut cara nabi didik sayyidatina Fatimah. Papa terus jadi orang baik-baik sampai kena puji dengan Siak Sauban. Pakcik hilmi Aripin pun selalu suruh papa jadi imam solat di surau. Papa kata papa bersyukur sebab kena pelempanglah menyedarkan papa supaya jadi manusia. Tapi harganya papa selalu jadi bahan gurau pak Jabit dan abang K di warung Bibik Ros. Papa tak kisah, papa pun suka suasana ceria.
Jia sms Sarah suruh tunggu Jia esok di stesen bas seksyen17. Lepas tu nak makan pau kacang gerai abang Ejat. Sarah selalunya belikan sekali pau kaya untuk abang kandungnya, abang Azhan. Abang Azhan memang lab technician yang baik, kadang-kadang waxing up complete denture Jia pun dia yang siapkan, Jia seronok bergosip dengan budak-budak year 3 dan year 4 dalam prostho lab. Sarah pun sangat baik, redup saja suara dan tingkahnya. Sarah selalu kejutkan Jia solat subuh sebab Sarah selalu tahajud sebelum azan subuh. Kasihan Sarah kena kejutkan Jia, sebab speaker Pusat Islam yang tak sampai 100 meter dari kolej Jia pun tak mampu membangunkan Jia. Jia pun selalu paw coklat Tasneem Strawberry kegemaran Sarah. Sarah style, kalau Jia tidur mati, Sarah buat suara Mak Limah nyanyi lagu enjit-enjit semut betul-betul tepi telinga Jia, lepas itu geletek tapak kaki Jia. Selalunya usaha keras Sarah berjaya.
Jia teringat yang Jia kena peram ikan-ikan untuk BBQ malam ini. Papa setiap 2 minggu akan buat BBQ dan tazkirah di rumah untuk anak-anak angkat papa. Ramai anak-anak angkat papa, sampai 2 dulang ikan setiap kali jamuan BBQ. Yang Jia tahu, semua anak-anak angkat papa suatu masa dulu adalah anak-anak muda kampung yang tiada hala tuju hidup, samseng, melepak dan bergaul bebas antara bukan mahram. Papalah orang yang mendekati mereka dan menyentuh hati-hati mereka. JKKK kampung, malah seluruh penduduk kampung Pisang sangat bersyukur setelah kami sekeluarga berpindah ke kampung pisang 10 tahu lalu. Jia sendiri ramai kakak-kakak angkat yang juga anak-anak angkat papa. Dalam hati, Jia bersyukur mempunyai keluarga yang stabil, cantik dan bersih. Jia tersenyum sambil tangan Jia sibuk menyiang ikan.
Keesokan petang, papa dan mama hantar Jia ke stesen Bas Mersing. Papa pesan Jia supaya jaga amanah dan hak Papa, bila papa lepaskan Jia ke shah alam. Jia faham, maknanya Jia mesti belajar sungguh-sungguh, buat yang terbaik, harumkan nama fakulti macam abang wan dan abang sauban yang menang pertandingan research peringkat kebangsaan, jaga tingkah laku, pakaian dan pergaulan, jaga nama baik keluarga dan selalu buat baik untuk tambah pahala mama dan papa. Jia tak mahu terlibat dalam dosa-dosa yang selalu dilakukan anak-anak muda bila sambung belajar di shah alam. Papa pun cakap, kalau ada budak lelaki tersuka dengan Jia, papa kahwinkan terus, senang. Jia pun bangga dapat jadi pelajar satu-satunya Fakulti Pergigian dalam dunia yang dikhaskan untuk melayu muslim dan bumiputera. Jia tak mahu diri Jia sebagai salah satu batu bata umat ini, rosak dan melemahkan bangunan umat.
Jia pun cakap dengan papa, papa mesti beri hak Jia. Papa dah janji belikan Jia scooter untuk Jia ke fakulti. Jia penat jalan kaki panjat tangga FSKM. Papa dan mama ketawa. Jia janji dengan mama dan papa yang Jia akan graduate sebagai seorang doctor gigi bertauliah, jadi orang hebat macam Prof dr Ibrahim Abu Hassan.
Jia pergi dulu mama, papa. Doakan Jia.
"…….Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka keduanya sebagaimana keduanya memeliharaku dengan penuh kasih sayang waktu kecilku". Al-Isra’:24
Friday, January 7, 2011
hilang kebenaran di sebalik dua sikap: ekstrim dan terlalu ambil mudah
Friday, January 7, 2011 by nizamuddinpardan · 0
Gambaran sebegini, mungkin disebabkan oleh tindak tanduk segelintir manusia yang (kononnya) berpegang kuat dengan agama. Apabila kamu melihat mereka, kamu akan dapati wajah mereka masam mencuka, dahi berkerut dan mereka kelihatan begitu bengis. Mungkin mereka ini sememangnya orang yang bertabiat kasar atau yang sudah putus asa atau gagal atau mengalami bermacam-macam konflik jiwa. Tetapi mereka telah mewajarkan sikap sedemikian atas nama agama, iaitu dengan menjadikan tabiat buruk yang pelik, asing, dan kotor itu sebagai suruhan agama, sedangkan agama bersih daripada dakwaan itu. Apa yang berlku sebenarnya adalah salah faham mereka sendiri terhadap ajaran islam dan sikap mereka yang hanya menerima sebahagian daripada nas dan dalil sahaja.
Mereka boleh saja bersikap keras seperti itu untuk diri mereka sendiri, jika mereka yakin dengan perdapat tersebut. Tetapi masalahnya disini ialah mereka telah memaksa dan mewajibkan pegangan yang keras itu (mengharaman hiburan secara mutlak) supaya diterima pakai oleh seluruh anggota masyarakat. Sedangkan perkara yang dipaksa supaya ditinggalkan itu telah menjadi Umumul Balwa. Bahkan ia menyentuh kehidupan seluruh umat manusia sama ada mereka bertamadun atau tidak, di pedalaman atau Bandar, utara, selatan, timur atau barat.
Disatu pihak yang lain pula, terdapat golongan yang membiarkan nafsu bermaharajalela dan menjadikan kehidupan ini seluruhnya sebagai pentas untuk berhibur dan berseronok. Mereka meruntuhkan semua tembok yang memisahkan di antara yang dibenarkan dengan yang dilarang atau di antara perkara yang diwajibkan dengan yang ditegah, atau diantara perkara yang halal dengan yang haram.
Kamu lihat mereka sentiasa menjurus ke arah keruntuhan akhlak. Mereka mempromosi kebebasan tanpa batas dan mereka menyebarluaskan perbuatan maksiat sama ada yang nyata atau tersembunyi. Semua itu dilakukan atas nama seni atau hiburan. Mereka lupa bahawa sesuatu perkara itu adalah dilihat dan dinilai dari aspek intipati dan kandungannya, bukan berdasarkan jenama dan label luaran. Segala perkara dan urusan (sama ada baik atau buruk) adalah bergantung kepada tujuannya.
Thursday, October 28, 2010
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
[al-Ahzaab 33: 36]
seri
indah
nikmat tiada peri
kelegaan
kelapangan jiwa
cinta
apa sahaja yang diidamkan
bebas bergerak terbang sana sini
tersenyum berhadap-hadapan
muda tampan dan anggun
meneguk air dingin penuh rasa
renungan penuh kasih mesra
dibawah pohon rendang
lepas dari kesempitan itu
lepas dari kerinduan itu
lepas dari penantian itu
pendam jiwa sakit rasa
penyakit dunia
saudara sahabat umat
melingkar hidup
penjara fana ini
penantian suatu penyeksaan
benar
kita akan sampai ke tempat itu
bersama-sama
sayangku
yakinlah insya Allah
DIA yang Maha Pemurah
akan menunjukkan kemurahanNya
penantian suatu kemestian
dan tunggulah
sesungguhnya kami pun menunggu
Saturday, October 16, 2010
Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “membantu saudara kita di Palestin bukanlah sedekah sunat, bahkan ianya kefardhuan yang wajib dan tugas yang mesti dilaksanakan ke atas ummah”.
Bagi memenuhi tuntutan ini , AMAN PALESTIN mewujudkan program khusus iaitu Sedekah Qurban.
Ia adalah sejenis sedekah yang dikaitkan dengan ibadah korban kerana sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli haiwan korban dan sembelihan pada Hari Raya Aidiladha bagi diagihkan kepada rakyat Palestin. Bagi Sedekah Qurban hanya RM350 untuk satu penyertaan.
Projek Qurban juga diadakan iaitu RM1000 untuk 1 bahagian lembu dan RM900 untuk seekor kambing.
Maklumat lanjut sila hubungi 03-89267019/03-89265018 atau layari www.amanpalestin.net
