Tuesday, August 10, 2010
Dia datang lagi
mendakap kami
dalam kami tanah dan debu masih melekati
maksum tiada itulah manusiawi
Dia datang lagi
dalam kami sibuk dalam dunia kami
dunia angan-angan kami
sedang dia bukannya datang tiada pergi pergi
Dia datang lagi
dalam kami masih dikongkongi
menyanyi berkhayal dan berpuisi
sedang dia mungkin peluang terakhir sekali
Dia datang lagi
membawa tawaran Ilahi
sungai mahligai dan bidadari
kepada kami setahun sekali
Dia datang lagi
senyum manis bibir melukis
redup mata menggetar memanis
dalam terawih saum
Tuhanku
Terima amalan kami
Kami hamba Rabbani
dan bukan hamba Ramadani
Sunday, August 8, 2010
Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman RA, katanya:
“Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban berkhutbah di hadapan kami. Maka baginda bersabda:
Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yg di dalamnya ada satu malam yg lebih baik dari seribu bulan; bulan yg Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu & qiam di malam harinya suatu tathauwu’. Barangsiapa mendekatkan dirinya kpd Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yg lain. Dan barangsiapa menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yg lain.
Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan & bulan Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yg berpuasa adalah yg demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya & kemerdekaan dirinyadari neraka. Orang yg memberikan makanan berbuka puasa baginya pahala seperti pahala orang yg mengerjakan puasa itu tanpa sedikitpun berkurang.
Para sahabat berkata:
“Ya Rasulullah SAW, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa.”
Maka bersabda Rasulullah SAW: “Allah memberikan pahala ini kepada orang yg memberikan sebiji kurma atau seteguk air atau sehirup susu. Dialah bulan yg permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya merdeka dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari hamba sahaya (pembantu rumah), nescaya Allah mengampuni dosanya & memerdekakannya dari neraka.
Kerana itu banyakkanlah yg 4 perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk kamu menyenangkan tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yg kamu lakukan menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepadaNya. Dua perkara yg kamu sangat menghajatinya ialah mohon syurga & berlindung dari neraka. Barangsiapa memberi minum kepada orang yg berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamKu dengan suatu minuman yg dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya sehingga ia masuk dalam syurga.”
(At Targhib II : 217-218)
Dipetik dari buku Pedoman Puasa (Prof Dr T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy)
by ismakedah
